FOLLOWER

27 Oktober 2015

Kesan daripada penulisan dan teguran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kesan daripada penulisan dan teguran


Setiap hari kita menegur orang dan setiap kali juga kita ditegur.  Teguran dalam bentuk tulisan dan juga dalam bentuk lisan.  Kesan dari daripada teguran itu yang 'makan dalam' sehingga memakan diri sendiri atau juga boleh memberi kesan kepada orang sekeliling kita.  Teguran secara lisan boleh lah kita kata umpama mencurah air di daun keladi atau masuk telinga kiri keluar telinga kanan.  Tetapi tidak semua orang begitu penerimaannya, ketika ditegur dia diam seperti tidak faham tetapi kesannya kepada diri orang yang ditegur itu kita tidak tahu sehinggalah dia bertindak diluar jangkaan kita.


Tidak semua orang mampu bertenang dengan baik apabila ditegur.  Tambahan cara teguran yang mengguris hatinya.  

Sebagai manusia normal kita harus ingat tidak semua orang mempunyai nasib yang sama seperti kita. Tidak semua orang mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama kerana setiap dari kita lahir pada masa dan tempat yang berlainan.  Cara penerimaan dan kefahaman kita juga berbeza walaupun pada isu yang sama.

Bukannya YangBaik berhasrat untuk menolak teguran.  Tetapi teguran yang diberikan itu biarlah berpada bukan secara paksaan.  Kerana kesannya kita tidak tahu.  Apa yang akan terjadi dan bagaimana pula penerimaan orang bila dipaksa.  Tegurlah secara berhemah dan lemah lembut.  Kita kan kaya dengan bahasa yang indah-indah.  

Dalam keadaan tertekan bila ditegur secara kasar dan dipaksa tanpa kerelaan, ada ketika akal menjadi buntu dan bakal berakhir dengan jalan yang singkat... terjun bangunan dan sebagainya.  Fahami situasi orang yang kita tegur.



Kita yang ditegur sudah pasti memerlukan masa yang panjang untuk berfikir dan bertindak. Memahami arahan dan teguran bukanlah sesuatu yang mudah ketika kita berada dalam saat genting antara mengawal emosi dan menurut 'arahan'.

Tabahlah dalam mengharungi ujian kehidupan.  Biarkan ujian itu berlalu tanpa sebarang calar. Kerana setiap ujian yang menimpa kita itu adalah sesuai dengan tahap kekuatan kita.

Maaf seandainya tulisan ini mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati. 

Tegurlah saya sekiranya tulisan ini menyakitkan hati dan perasaan anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.