FOLLOWER

30 Ogos 2014

Kadang-Kadang terlepas dan terpaksa melepaskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Ada ketika kita hendak sangat buat sesuatu atau menghadiri sesuatu majlis. Tetapi hasrat kita tidak kesampaian. Lalu kita rasa kecewa kerana hasrat kita tidak tercapai.

Akan tetapi kita harus segera sedar bahawa tiap sesuatu itu ada hikmah dan sebabnya. Bagi saya bila mana hasrat itu tidak tercapai saya berpendapat bahawa Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik.

Oleh itu, kita hendak berfikiran positif bila mana ada orang tidak hadir ke majlis kita. Kerana kita juga ada masa tidak dapat memenuhi undangan orang lain walaupun kita telah berusaha untuk menghadirinya.

Jangan pula kita berkecil hati dan mengata yang bukan-bukan. Semoga kita dan keluarga kita mendapat rahmat dan diberkati.

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Terima kasih noor,
    Entri ini adalah untuk menyedapkan hati sendiri :-)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.