Pengikut Setia

31 Ogos 2014

Warna lembu dan kambing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar di atas telah diwarnakan oleh Inas Insyirah.
Sebelum masuk tidur sempat juga dia mewarnakan dua gambar di atas.

Sebelum masuk tidur, dia ditahan untuk memberikan penjelasan mengapa haiwan berkenaan diwarnakan dengan warna demikian. Yang mana menurut pandangan ibunya warna amat pelik sekali.

Seperti biasa, jawapan anak kecil sungguh logik dan penuh dengan imaginasi. Tanpa teragak-agak terus memberi jawapan yang padanya ia adalah betul dan tepat 100%

Soalan: Mengapa badan kambing warna hijau dan kepalanya warna pink?

Jawapannya: Sebab kambing makan rumput, rumput warna hijau, kepalanya warna pink sebab dia sedang makan.

Jujurnya.

Soalan 2: Mengapa lembu banyak warna?

Jawapan: Lembu banyak kaki, kaki lembu banyak warna. Badan lembu warna dia memang banyak sebab Inas ada banyak warna. Inas takder warna lain lagi ... esok Inas warnakan yang lain pulak.

Anak-anak kan... memang kena layan. Masa nilah mak bapak dia boleh ikut jujur dan berfikiran paling logik. Tak perlu nak fikir banyak dan bersusah payah... hilang letih sekejap... Takkan lah jawapan yang dia bagi tu... kita nak marah dan kata tak betul. Kelak terbantut pula perkembangan otaknya yang mana ketika ini sel-sel otaknya sedang bergabung...

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. jujurnya jawapan dia...nice.. kadang2 budak ni berfikir lebih dari apa y kita fikirkan...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian