Hari, Minggu dan Bulan
Hari ini sibuk sangat dengan persiapan mesyuarat sekejap lagi. Selepas mesyuarat kena follow-up dengan tindakan seterusnya. Keputusan mesyuarat hari ini belum tahu lagi apa akan jadi kerana kekurangan persediaan tambahan pula ini adalah mesyuarat pertama kali yang diurusetiakan, jadi saya tidak tahu lagi apa akan jadi semasa mesyuarat... tak mampu nak jangka.
Minggu ini agak sibuk juga dengan pelbagai macam ragam dan tindakan yang harus diambil. Bukan sahaja minggu ini bahkan minggu-minggu yang lain juga turut begitu. Jika ada kelapangan pun mungkin sehari atau dua hari... tetapi tetap juga penuh dengan macam-macam.
Bulan yang sibuk juga sebab sekarang bulan kemerdekaan. Eh... macam lah saya pula yang terlibat secara langsung dengan aktiviti bulan kemerdekaan. Walau apapun Saya Sayang Malaysia, Saya Anak Malaysia Merdeka.
Malaysia | Di sini lahirnya sebuah cinta...
Lahirnya sbuah cinta !
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan dan pekerjaan akak sehari-hari :D
BalasPadamterima kasih fae.
BalasPadamSama-sama lah kita semoga urusan fae turut dipermudahkan juga.
Abak... hmmm tq
BalasPadamAssalamualaikum.. Salam perkenalan dari saya.. Tersesat ke sini dari blog Fizah.. Hehe.. Slogan merdeka tahun ni unik kan? Lahirnya sebuah cinta.. =)
BalasPadamBtw, kerja rajin2.. Jgn stress2.. ^_^
Rosmiza Ali Official Blog™