FOLLOWER

22 Ogos 2014

Jumaat #MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Hari ini Jumaat, 22 Ogos 2014. Seluruh rakyat Malaysia berkabung sempena ketibaan jenazah korban MH17. Kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat didoakan semoga kalian semua tabah dan bersabar atas ketentuan ini. Semoga dikurniakan keberkatan kepada yang masih ada.

Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang. Bagi kami di Perak Darul Ridzuan tetap juga bendera negeri dikibarkan separuh tiang kerana masih lagi berkabung 100 hari atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Bukan sahaja bendera dikibarkan separuh tiang malahan pekerja wanita disarankan memakai tudung hitam manakala pekerja lelaki memakai songkok hitam.

Kami masih lagi di ILU mengikuti seminar.

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Salam Jumaat...
    Takziah kpd keluarga mangsa dan Al-Fatihah kpd mereka yg beragama islam

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah buat keluarga mangsa...semoga mereka tabah...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.