FOLLOWER

7 Ogos 2014

Anak-anak punya hal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar hiasan saja nie... tiada kaitan dengan anak saya

Anak-anak punya hal.  Kesian mak bapa buat kerja sendirian.

Sesekali timbul rasa simpati dengan ibu bapa yang ada anak dah besar tetapi banyak kerja rumah mak yang kena buat sendiri.  Ada anak... tengok jer.  Saya harap perkara begini terjadi kepada keluarga saya.

Macam mana kalau dah anak dara besar panjang, boleh lagi duduk saja dalam rumah sedangkan mak sibuk sidai kain di ampaian, menyapu sampah dan buang sampah.  Memasak pun mak juga sorang-sorang.  Ada anak boleh buat teman makan saja.  Itupun kalau makan bersama mak... kalau dibuatnya anak tu makan sendiri sendiri.. tunggu mak masak ?  Apa nak jadi nie?

Ini yang buat saya takut sebab saya juga ada anak dara... kecil lagi lah.

Teringat zaman saya zaman sekolah... paling kuat ketika sekolah menengah.  Kalau tak jejak kaki ke dapur jangan harap lah dapat makan... sedap-sedap... dah siap kerja sekolah, kemas rumah.  Nak makan sedap kena tolong mak masak.  Nasib la ... kalau tak turun ke dapur alamatnya makan nasi dengan telur goreng tak pun dengan kicap.  Bukan mak saya kejam tetapi itulah cara mendidik kami adik beradik.  Saya tak ramai perempuan ... 3 orang saja.

Cara didikan zaman dulu menjadikan kita cepat dewasa dan matang dalam bertindak.

Masih ada lagi ke cara didikan macam zaman dulu-dulu?

Fikir-fikirkan.

3 ulasan:

  1. didikan dulu memang terbaik tapi mungkin boleh diubahsuai dengan gaya hidup zaman sekarang..

    BalasPadam
  2. cara didikan kat sekolah pun mainkan peranan penting...

    BalasPadam
  3. didikan dulu mmg mmg jauh beza dgn skrg......kat rumah takut dengan mak .ayah..kat sekolah takut dengan cikgu..nak mengadu apa² xberani pun...

    berubah mengikut masa dan zaman...biarlah anak menangis kerana didikan dari kecil ibubapa mengajar dia menjadi dewasa..dan jangan sampai ibubapa menangis bila anak telah dewasa

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.