Pageviews

08 Disember 2023

Mee goreng untuk makan tengahari selepas hadiri forum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mee goreng untuk makan tengahari


Hari ini Jumaat, ada forum Hal Ehwal Islam sempena sambuat Bulan Inovasi tahun 2023.  Bertempat di Dewan Al-Khawarizmi atau Dewan Kuliah Utama.  Program bermula dengan pendaftaran dan sarapan pagi seawal 8.30 pagi.


Forum Hal Ehwal Islam :  Keluarga dan Kerjaya

Panel forum termasuk moderator adalah antara insan hebat.  Banyak ilmu dan manfaat yang dicurahkan.  Antara petikan forum, untuk mendapatkan keberkatan dalam pekerjaan adalah setiap mukmin perlu lazimi takwa iaitu rasa takut kepada Allah.  Perasaan takut ini secara tidak langsung akan menjaga hubungan kita dengan Allah dan seterusnya mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan mungkar yang membawa kepada kemurkaan Allah


Moderator dan Panel Jemputan

Terdapat beberapa kaedah dan pengetahuan baru yang diperolehi hari ini dari Paksu Soder, yang boleh dikatakan mahir atau pakar dalam kaunseling dan motivasi.  Perkongsian Paksu Soder ini ada juga terdapat di Chanel Youtube Paksu Soder.  

Selesai forum anggaran jam 11.45 pagi, balik pejabat bersama Adayana, PA TRHEA.  Dah lama tak jumpa dan sembang-sembang dengan Yana.  Walaupun ofis HEA dan HEP tidaklah sejauh berbatu, hanya dipisahkan lantai konkrit saja... tetapi kekangan tugas masing-masing.  

Hari ini ditakdirkan bertemu di DKU, seperti yang dilontar oleh Pengacara Majlis, Ustaz Norzarir, bahawa yang hadir hari ini adalah insan terpilih.  Alhamdulillah ada rezeki dan hikmahNya.


Mee goreng
Mee goreng untuk makan tengahari


Sampai ofis, selesaikan urusan berkenaan program OKU dan tugas lain sikit.  Perut dah mula bergurindam.  Pesan makan dengan  Kafe staf.  Hajatnya nak order nasi bujang ayam kunyit... menu biasa, tetapi dah kehabisan stok.  Makanya order saja mee goreng kerana itu saja menu yang ada.  Tapau dan makan di ofis.

Alhamdulillah, untuk rezeki hari ini.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

.

03 Disember 2023

Posting Pertama Tahun 2023

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setelah sekian lama, lebih dari setahun blog ini bersawang. Ada la sesekali singgah jengok sekejap.  Sesekali tukar latarbelakang.  Kejadian ini berlaku mungkin atau pasti juga kerana telah akaun media sosial lain yang lebih aktif... bermula dengan instagram dan terkini tiktok.  Agak sibuk juga bila ada banyak akaun media sosial, dah hilang fokus nak ke mana satu.



Tidak keterlaluan jika dikatakan kekurangan idea nak berkarya tetapi tamak dengan membuka akaun yang banyak.  Tetapi tidak dinafikan juga kesibukan tugas hakiki di pejabat dan juga urusan keluarga turut menyumbang kepada kemalasan mengemaskini akaun media sosial.

Apabila terlalu lama meninggalkan blog ini bersawang, maka ramai juga rakan blogger yang semakin tidak dikenali.  Menghidupkan semula blog ini seolahnya memulakan blog baru.  Sementelahan masih banyak 'benda-benda' dalam blog yang saya masih ketinggalan.

Terima kasih atas kesudian singgah blog ini.  Semoga ada kekuatan untuk terus berkatya.


.


01 Ogos 2022

PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

Alhamdulillah, hari ini Isnin 1 Ogos 2022 bersamaan 3 Muharram 1444.

Sekadar peringatan buat diri sendiri.


Cinta pada dunia
Dunia akan pergi

Cinta pada manusia
Manusia akan mati

Cinta pada Allah
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Semoga kebaikan senantiasa mengiringi setiap langkah dan kehidupan kita.