Pageviews

07 April 2021

5 Zikir pembuka pintu rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




5 Zikir pembuka pintu rezeki


Banyak amalan baik yang boleh kita lakukan seharian selagi mana kita masih bernafas.  Antaranya yang paling mudah adalah dengan berzikir.

Berzikir boleh dilakukan pada setiap masa dalam keadaan susah atau senang, ketika sakit atau sihat.  Secara tidak langsung melalui zikir kepada Allah juga hati kita akan menjadi tenang.


5 Zikir pembuka pintu rezeki

5 Zikir pembuka pintu rezeki



Semakin banyak seorang hamba memuji Allah dan berzikir dengan hormat dan adab yang tinggi kepada-Nya maka akan lebih banyak pemberian datang dari Allah swt, kerana Dia adalah Al-Bari. 

Allah swt akan mengurniakan kepada kita sebanyak apa yang boleh kita lakukan untukNya. 

Dengan mengucapkan Bismillahir Rahmaanir Rahim maka kita akan selalu merasa segar kembali. Aamiin

Wallahua'lam


Terima kasih atas kesudian singgah baca 5 Zikir pembuka pintu rezeki.

06 April 2021

Bersyukur Walaupun Sedikit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bersyukur Walaupun Sedikit


Pagi ini nak ingatkan diri sendiri bahawa dalam hidup ini, antara perkara yang selalu kita muhasabah diri setiap hari adalah, sejauh mana kita bersyukur pada Allah?  Semoga kita tidak mudah lupa dengan dengan nikmat yang kita terima walapun pada pandangan kita ianya sedikit (sedangkan nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya)




Wajib amalkan Setiap pagi atau setiap malam sentiasa fikir kita dah bersyukur kepada Allah atau tidak. 

Ingat pesanan baginda Rasulullah SAW yang bermaksud, 
“Sesiapa yang redha dengan rezekinya yang sedikit, Allah SWT akan redha dengan amalannya yang sedikit”. (Riwayat Baihaqi)

Amalan yang sedikit ni maksudnya adalah, amalan wajib yang dilakukan tanpa disertakan dengan amalan sunat.  Maksudnya, kita hanya jaga perkara wajib saja dan meninggalkan amalan sunat yang lain.

Sebab itu teman, sebagai bukti kita bersyukur kepada Allah, perbanyakkanlah amalan sunat seperti solat sunat, baca al-Quran, zikir, selawat, dan sebagainya.

Moga Allah memberikan kita taufiq. Aamiin


Terima kasih sudi singgah baca Bersyukur walaupun sedikit.

05 April 2021

Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M


Bersempena dengan ketibaan Ramadan beberapa hari lagi.  Akak berhasrat wujudkan bloglist khusus sepanjang Ramadan 1442 Hijrah bagi tahun 2021 Masehi.  Semoga dengan adanya bloglist ini, dapatlah kita mengekalkan momentum dalam berblogging sepanjang Ramadan. 


Segmen Bloglist Ramadan

Syarat penyertaan

1.  Follow blog ini :  salatulzarida.blogspot.com
2.  Buat satu entry bertajuk : Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M
3.  Letakkan banner dan backlink kan kepada link entry ini
4.  Publish entry dan letakkan link penyertaaan blog dalam ruang komen di entry ini.

Syarat penyertaan mudah sangat, hanya ikut seperti yang tertera di atas.   Selain dari syarat di atas, rakan blogger juga boleh menyatakan dalam entri harapan dalam menyertai segmen ini.  Syarat ini tidak wajib, ianya terpulang nak tulis atau tidak.  

Itu sahaja.  Buat masa ini tiada hadiah yang ditawarkan.  Berapa ramai yang menyertai segmen ini semuanya akan dimasukkan dalam bloglist khas  yang dinamakan Rakan Blogger Ramadan.

Tempoh segmen ini berlansung mulai hari ini 5 April 2021 dan tamat pada 12 April 2021.

Selamat menyertai Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M dari blog salatulzarida.


Senarai peserta di kemaskini di SINI

Terima kasih kerana bersedia menjadi Rakan Blogger Ramadan akak.