Pageviews

13 Jun 2018

Muncul semula setelah hampir 5 bulan menyepi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Muncul semula setelah hampir 5 bulan menyepi


Setelah hampir 5 bulan menyepi dari dunia blogging.  Hingga hampir terlupa apa yang harus dilakukan dan dari mana hendak dimulakan semula.  Lantas blogger ini cekal untuk kembali semula dengan nafas design dan warna baru.  Walaupun masih kekal dengan imej blog percuma tetapi blogger ini puas kerana blog yang disayanginya itu masih lagi ada peminatnya yang tersendiri.
Terima kasih kepada semua yang masih tidak jemu-jemu singgah dan membekal trafik ke blog ini.  



Semoga dengan kemunculan semula blog ini dapat menjadikan inspirasi berterusan kepada pemiliknya untuk terus berkarya dan seterusnya bersama-sama melakar kanvas blog di persada maya.

Terima kasih atas kesudian singgah baca dan komen entri ini MUNCUL SEMULA SETELAH HAMPIR 5 BULAN MENYEPI


szi💖

15 Januari 2018

Setiap rezqi adalah ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiap rezqi adalah ilmu


Alhamdulillah, setiap hari dikurniakan ilmu dan rezqi yang melimpah ruah.  
Rezqi meneruskan kehidupan 
Rezqi melihat suami dan anak-anak
Rezqi berkomunikasi dengan semua
Rezqi juga dapat berjumpa dengan pengunjung blog ni, biarpun sekadar di alam maya.


Kawaguchiko - Japan ✨
Picture by @jackmartinphotoart✨



Terima kasih kerana sudi menjejaki entri ini, Setiap rezqi adalah ilmu.


12 Januari 2018

Mengapa mesti jauhi Riyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa mesti jauhi Riyak



Riyak dalam bahasa Melayu merupakan sifat atau sikap yang suka menunjuk-nunjuk­kan amal ibadah atau sesuatu kebaikan dgn tujuan mendapat pujian atau sanjungan drpd orang lain, bukan kerana Allah; meriyakkan menjadikan riyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)



Hatinya gelisah mencari pujian,
menanti-nanti kapan pujian dan sanjungan tersebut datang,
kecewa jika pujian yang ia dapat tak seperti yang diharapkanny
dan yang paling mengenes diakhirat kelak akan dipermalukan Allah dihadapan khalayak.  Nauzubillah.


Sebab itulah kita mesti menjauhi sifat riyak, kerana kita tidak mahu dimalukan.  Terutamanya bila dimalukan dikhalayak ramai... bukan seorang dua, bahkan seisi alam buana.

Semoga kita terhindar dari dimalukan di dunia dan di akhirat.  
Sama-sama kita pelihara maruah diri dan harga diri kita. 
In shaa Allah kita lakukan yang terbaik.  
Doakan yang baik-baik dan cakap yang baik-baik juga.


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Mengapa mesti jauhi Riyak.