Pageviews

06 Disember 2017

Doa setiap pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Doa setiap pagi


Alhamdulillah...

Allah masih membangunkan kita pada hari ini...

Kita masih boleh bernafas,

Mari kita manfaatkan waktu kita ini buat yang baik-baik.

Semoga hidup kita bermanfaat untuk orang banyak.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin.



Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku setelah mematikanku, dan kepadaNya-lah kami akan dibangkitkan (dikumpulkan).

Aamiin.


Terima kasih kerana membaca entri ini, Doa setiap pagi.



04 Disember 2017

Selamat Pagi Hari Yang Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Pagi Hari Yang Baru


Hari ini, hari ke 15 RABIUL AWAL 1439.

Hidup Matiku...Hanya untuk Allah.

Ramai yang fikirkan hidup berbanding mati hingga terlupa untuk mencari bekal untuk hidup selepas mati... hinggakan yang menulis ini juga sering begitu.  Nauzubillah.

Hari Baru...dipenuhi dengan semangat baru.



Barangsiapa yang tak dapat menjaga hatinya, 
nescaya dia tak akan dapat menjaga lidahnya.
(Imam Al-Ghazali)


@quotephotovideo ❤️❤️❤️


Terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk entri ini, Selamat Pagi Hari Yang Baru.
szi

03 Disember 2017

Selamat Pagi Ahad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Selamat Pagi Ahad 


Selamat Berhujung Minggu.

In shaa ALLAH doa kita dimakbulkan.

In shaa ALLAH murah rezeki kita hari ini dan mendapat rahmat serta keberkatan.




Ya Allah
Mulakanlah hari kami dengan kebaikan
Pertengahan hari kami dengan ketenangan
Akhiri hari kami dengan kejayaan

Aamiin.


Terima kasih di atas kesudian singgah blog ini pada hari minggu anda dan Selamat Pagi Ahad.
szi