Pageviews

14 November 2017

Selamat datang hari baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat datang hari baru


Teman Sejati Manusia hanyalah Amal sholehnya, maka buatlah kebaikan yang akan terus mengalir dan hidup meskipun kita sudah mati 💙




Semoga hari ini ini lebih baik dari semalam.

Teruskan berbuat baik walau sebesar zarah... kerana ada nilainya di sana.

Terima kasih dan Selamat datang hari baru.

13 November 2017

Hidup adalah sebuah perjalanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup adalah sebuah perjalanan


Hidup adalah sebuah perjalanan dari Allah menuju Allah.




Sesungguhnya DUNIA ini hanya suatu persinggahan sebelum tiba ke destinasi AKHIRAT yang abadi.

Hidup di dunia umpama
Pelayaran di lautan
Musafir di bumi Allah...

Mencari yang abadi tidak pernah memenuhi keperluan hidup selagi tidak berada di laluan yang sebenarnya.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Hidup adalah sebuah perjalanan.

Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) 2017


Sistem zakat, wakaf dan filantropi Islam di seluruh dunia berkembang dengan pesat dan cepat. Di Malaysia, seluruh sistem ini semakin diterima umum sebagai medium pembangunan ekonomi dan penyusunan sosial masyarakat. Sistem ini mempunyai potensi yang cerah, justeru perlu diperkasa dan dilonjakkan seiring dengan pertumbuhan sistem ekonomi dan kewangan Islam. Oleh itu, Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) 2017 ini diadakan untuk merealisasikan hasrat tersebut meliputi konsep dan potensi amalan kontemporarinya.



ZAWFI2017

ZAWFI 2017



2. OBJEKTIF

(i) Mengenal pasti potensi kontemporari zakat, wakaf dan filantropi Islam.
(ii) Berkongsi hasil penyelidikan dan dapatan kajian akademik.
(iii) Mewujudkan kesatuan untuk melonjakkan pembudayaan filantropi Islam.


3. PENGANJUR

Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf, ACIS, UiTM


4. MEDIA RASMI
Online Registration/Payment : submit.confbay.com/conf/zawfi2017
Facebook page : facebook.com/zawfi2017
Email rasmi : zawfi2017@gmail.com
Telefon : 03-55442381 / 019-3728921 / 012-9319696
Faks : 03-55442668

6. YURAN

RM 100.00 seorang (Peserta / Pembentang / Pelajar)


Semoga seminar ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.  

Terima kasih atas sokongan anda untuk entri ini, Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) 2017.
szi💚💚💚