Pageviews

12 November 2017

Jangan pernah mengadu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan pernah mengadu


Kecewa kita, cukuplah Allah yang tahu.
Jangan pernah mengadu kepada manusia, kerana ia sia-sia
Bilamana kita mahukan kecewa itu menjadi rahsia
Manusia tidak akan pernah menjadikan ia rahsia
Bilamana ia juga kecewa dengan kita




Bila kita rasa bagaikan tidak punya kaki untuk berdiri setelah kesedihan menghempap diri kita berkali-kali, sedarlah bahawa kita masih punya Ilahi.


Terima kasih untuk kesekian kalinya, Jangan pernah mengadu.
szi πŸ˜”

08 November 2017

12 Gambar Pemandangan Indah di Switzerland

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


12 Gambar Pemandangan Indah di Switzerland



Bohemian Switzerland is also known as Czech Switzerland πŸ‚ (πŸ“·:@sassychris1)

Green Hills ~ Switzerland.Photo by @cumacevikphoto

Leading lines in Grindelwald Switzerland πŸ‡¨πŸ‡­
Photo by @davidbirri


Iseltwald, Switzerland Photo by @christofs70


Beautiful Corners ~ Lungern, Switzerland.
Photo by @golden_heart

Meiringen, SwitzerlandPhotography by © David Birri



Fall explosion πŸ‚πŸMorgins, Valais - Switzerland πŸ‡¨πŸ‡­


Shining mornings ~ Switzerland.Photo by @doounias



Berner Oberland - Switzerland πŸ‡¨πŸ‡­

Schwyz - Switzerland πŸ‡¨πŸ‡­ πŸπŸ‚



SwitzerlandWonderful photo by @marirueckheim



SwitzerlandπŸ“Photo by @sennarelax


Sumber :  quotephotovideo

Terima kasih sudi singgah baca entri ini, 12 Gambar Pemandangan Indah di Switzerland


07 November 2017

Alhamdulillah | Segala Puji Bagi Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alhamdulillah | Segala Puji Bagi Allah


Pengalaman mengenali perkataan Alhamdulillah sudah lama,,, mungkin semenjak dari kecil sejak mulai pandai menuturkan kata atau sejak mula belajar mengaji.  Tetapi ketika kecil sejauh mana kita memahami maksud Alhamdulillah.  Seiring dengan masa kita dewasa dengan perkataan Alhamdulillah.  Masuk alam sekolah kita pula diajar cara betul dan masa yang sesuai untuk menuturkan kata Alhamdulillah... ketika ini kita mulai memahami maksud Alhamdulillah.

Mungkin agak kelakar, bila kita disakiti ketika bermain atau bergurau senda dengan kawan-kawan sekolah... kita menyebut Alhamdulillah.  Bersyukur kerana kesakitan itu mengajar kita agar tidak mengulangi perbuatan yang sama atau tidak meneruskan lagi perbuatan itu.

Begitulah kita kan... bersyukur dengan apa yang kita perolehi agar kita mendapat lebih banyak nikmat dan kebaikan.


Bersabarlah setiap kali diuji... 
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati... 
Kita hamba yang sering lupa diri, 
Kita juga suka menunding jari.

Ujian itu juga wajar disyukuri.... kerana ia mengingatkan kita agar sentiasa berwaspada dengan setiap gerak langkah dan tutur bicara.

Semoga kita mendapat rahmat dan kebaikan dari setiap yang kita syukuri.