Pageviews

14 September 2017

Cepat bertindak cepat dapat keputusan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cepat bertindak cepat dapat keputusan


Jenuh memikirkan tajuk yang sesuai dengan entri ini. Segalanya berkisar kehidupan seharian kita. Apa saja tindakan yang kita buat sama ada dari segi perbualan, pergerakan atau keputusan turut mempengaruhi kehidupan kita di masa depan. Dan... ia juga turut mempengaruhi insan tersayang iaitu suami atau isteri dan anak-anak. Kerana kita tidak hidup sendirian. Apa juga keputusan mereka turut memberikan kesan sampingan kepada kita secara langsung atau tidak. Tidak boleh tidak kita harus bijak dalam membuat keputusan. Sebolehnya kurangkan risiko sakit hati seperti dendam dan segala macam jenis mazmumah.




Mengapa akak bercerita begini? Kerana akak juga rasa tersentuh dengan apa yang terjadi dengan kawan-kawan mengenai isu yang sebenarnya tidak perlu pun ada rasa benci. Tetapi kerana dipengaruhi rasa sakit hati maka mereka sanggup bertindak mengikut emosi. Isu yang sewajarnya boleh diselesaikan dengan budibicara baik tetapi disulami dengan warna kelam. Segalanya soal hati.

Tidak mahulah isu ini diperbesarkan cukuplah ianya menjadi pengajaran buat kita semua.

Kita bertindak cepat supaya kita dapat melihat keputusan segera tanpa memikirkan kesan yang bakal menimpa. Tidak memikirkan langsung kesan dan akibat daripada tindakan yang diambil. Betapalah keringnya hati kita. Sanggup melakukan tindakan sedemikian rupa asal puas hati tanpa sedikit pun ada rasa simpati.

Dan... Kita sebagai manusia pemerhati bukan lah pilihan kita untuk sebarkan keburukan yang berlaku. Hanya yang mampu adalah mengambil iktibar agar kita tidak melakukan perkara yang sama.

Tentunya kita pernah merasa peritnya dikhianati tetapi adakah wajar untuk kita membalasnya?

Adakah kepuasan menyakitkan hati orang itu berbaloi dengan apa yang kita dapat?

Adakah kita mahu melihat berlakunya satu lagi penghinaan terhadap diri kita?

Cukuplah dengan apa yang telah berlaku tidak perlu dipanjangkan dendam itu kerana bakal memakan daging hati kita sendiri.


Sucikanlah hati dengan kebaikan. Sekalipun tak mampu berbuat baik jangan pula kita menambah kejahatan dalam diri kita.

In Shaa Allah dimudahkan segala urusan kita dan urusan mereka dalam melaksanakan tugas untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Cepat bertindak cepat dapat keputusan.

szi


posted from Bloggeroid

Hikmah Diam Lebih Baik Dari Berkata-kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Hikmah Diam Lebih Baik Dari Berkata-kata



Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Dipenuh dengan pelbagai ragam suka dan duka.  Ragam suka itu membuatkan kita bahagia.  Namun sebaliknya ragam duka itu membuatkan kita rasa tidak bahagia.  Haruskah kita menolak mentah-mentah rasa duka itu?  Tidak kan!  Kita jadikaan ragam duka itu sebagai sempadan dan pedoman itu kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya


Hikmah Diam

Hikmah Diam


Banyak ilmu yang ada di alam ini...

Mulai dari ilmu yang biasa-biasa saja (pada pandangan kita), sampai ada ilmu yang paling mulia, ada pula ilmu yang paling tinggi, ada juga ilmu yang paling utama, ilmu yang diterima, ilmu yang benar, ada ilmu induk dari segala ilmu dan sebagainya...

Lalu Ilmu apakah yang paling tinggi itu...?

Ada sebuah riwayat bahawa seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah :

"Ya Rasulullah, ilmu apakah yang paling tinggi itu?"

Rasulullah hanya "DIAM"

"DIAM" bukan bererti "Tidak bicara"

Tetapi tidak banyak bicara, tidak banyak mengeluh, tidak membuka aib, tidak pamer/riya, tidak sombong, tidak berdebat dan sebagainya...

Ilmu "DIAM" itu sebuah ilmu yang tidak ada gurunya, tidak ada muridnya, tidak ada sekolahnya, tidak ada kitabnya, tidak diajarkan dimanapun.

Dalam DIAM itu tidak ada yang mengetahui kecuali orang yang bersangkutan dengan Tuhannya saja.

DIAM tetapi tetap terus memperhatikan
DIAM tetapi terus bergerak/ikhtiar
DIAM tetapi terus berdoa/berzikir
DIAM tetapi tetap terus menebar manfaat

Seperti matahari yang diam tetapi terus bersinar.
Seperti padi yang diam tetapi tetap terus tumbuh.
Seperti tanah yang diam tetapi didalamnya menyimpan banyak manfaat.

Atau seperti dirimu yang dulu selalu diam ketika didalam RAHIM, walau tak nampak, tak bicara, tetapi keberadaanmu membawa berjuta harapan dan kebahagiaan.

Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞

SENYUM....💕💕💕 😃😃😃


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Hikmah Diam Lebih Baik Dari Berkata-kata

szi 😌

13 September 2017

Tips hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tips hari ini

Sesekali berkongsi tips dan rahsia rasa teruja pula.  Walaupun akak bukanlah bijak sangat tetapi bila dapat kongsi tips dai orang lain terasa sungguh bertuah.


Gambar hiasan

Ramai orang hendak selesaikan hutang tetapi bila tidak bersedia kaya kelak hutang lama habis hutang baru pula yang datang.

Cuba bayangkan bila hutang dah selesai ke mana arah tuju kita semua?

Semua terberhenti sebab tiada yang mendesak ketika itu.  Oleh itu, bersedia lah untuk menjadi kaya.

Namun setiap yang nak jadi kaya selalunya dihalangi oleh rasa ketakutan.

Nak belajar untuk unlock rasa itu? Sila ke link ni https://t.me/powerofsyukur2017


Terima kasih kerana membaca Tips hari ini

szi 💝