Pageviews

30 Januari 2016

Jangan sampai tertipu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan sampai tertipu


Bergembira tidak salah tetapi jangan sampai tertipu.  Tertipu dengan diri sendiri.  Mungkin juga kita pernah mendengar di mana-mana suatu masa dahulu ketika kita masih kanak-kanak, orang tua selalu berpesan jangan seronok sangat nanti menangis.  Tetapi masa kita kecil tidaklah kita faham sangat apa maksudnya, yang pasti kita patuh dan akur untuk tidak terlalu gembira ... untuk seketika. Akhirnya bila kita kembali gembira, 'orang tua' tadi sudah tidak menegur lagi... kesannya kita semakin bergembira sehingga sesuatu yang tidak diduga menimpa kita.

Pada masa itu kita akan mendapat 'buah keras'.  Kerana degil tidak mendengar teguran dan nasihat orang yang lebih berusia dari kita.

Zaman kanak-kanak kini tidak jauh bezanya dengan zaman kanak-kanak kita masa dahulu.  Apa yang berbeza adalah kita yang dewasa kini menjadi sakit.

Selingan

Banyak orang gembira yang tertipu. Dia makan, minum dan tertawa, padahal telah jelas di dalam kitab Allah bahwa dia adalah bahan bakar neraka (Bilal bin Sa'ad)



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca entri Jangan sampai tertipu.

29 Januari 2016

Kata kunci hari ini dan minggu ini di Nuffnang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kata kunci hari ini dan minggu ini di Nuffnang


Kata kunci, pada pandangan YB adalah satu frasa kata atau perkataan yang digunakan oleh pengunjung alam maya untuk mencari sesuatu maklumat yang diperlukan.  YB juga sering menggunakan kata kunci untuk mencari maklumat di laman web seperti di google.com.  Lazimnya di YB menggunakan google untuk mencari sesuatu maklumat.  Taip saja kata kunci yang dikehendaki semua ada.  

Berikut adalah contoh kata kunci yang sempat singgah di blog YB.  

Kata kunci hari ini dan minggu ini


Tidak jauh bezanya antara kata kunci yang ada hari ini dan minggu ini.  Agak lama juga diperhatikan, kata kunci ini ini sering berlegar di laman blog YB yang berjaya 'ditangkap' oleh Nuffnang.

Bagaimana kata kunci ini dirakam oleh Nuffnang jangan tanya YB, kerana YB tidak tahu mekanisma apa yang digunakan.  

Walau apapun entri ini sekadar untuk berkongsi maklumat mengenai kata kunci bagi carian yang boleh diperolehi di alam maya.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi melayan kerenah YB dan baca entri Kata kunci hari ini dan minggu ini di Nuffnang.


Bubur Nasi dan Kopi vs. Ais Cincau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bubur Nasi dan Kopi


Bubur nasi kini menjadi hidangan yang paling enak di antara banyak-banyak makanan yang ada di muka bumi.  Tambah sedikit kicap pastinya lebih ngam dengan selera orang yang sedang menanggung kesakitan gigi.  Sebenarnya bukan gigi yang sakit tetapi gusi kerana gusi yang menanggung gigi itu kini sedang membengkak dan hampir surut setelah satu fasa pertama antibiotik telah dilengkapkan, tunggu lagi 4 hari.  4 hari bukan lah satu tempoh yang panjang tetapi bila menunggu yang membuatkan tempoh itu terlalu lama... bermakna 4 hari lagi YB harus meneruskan hidup dengan makan bubur nasi berlaukkan kicap yang paling enak.

Alhamdulillah, syukur biarpun bubur nasi menjadi peneman selera YB masih lagi bisa meneruskan hidup.  Maka nikmat mana yang hendak dinafikan berbanding sebahagian lain yang tidak bisa makan sendiri walaupun sesudu nasi.

Bubur dan Kopi


Kopi merupakan antara minuman kegemaran YB sejak dari kecil.  Dibesarkan bersama orang tua yang hidupnya setiap pagi harus dimulakan dengan kopi.  Namun kini, cara penyediaan kopi telah dipermudahkan.  Dengan adanya kopi segera hanya perlu tambah air panas sahaja tidak perlu tambah gula dan tidak perlu penapis... lebih mudah.  Nikmat ini pastinya tidak dapat dibandingkan, biarpun sakit gigi tetapi kelansungan hidup masih berterusan.

Mulai hari ini menu utama adalah bubur nasi dan kopi putih segera.  Enakkan?

Ais Cincau Tabur


Ais Cincau Tabur.  Antara menu yang disukai bila berkunjung ke gerai tepi jalan.  Ais yang ditabur dengan susu pekat dan susu cair kemudiannya dihias indah cincau yang telah diparut.  Sungguh menyelerakan dan mendamaikan.

Tetapi itu suatu masa dahulu ketika gigi ini masih lagi berfungsi dengan baik.  Kini ais cincau tabur itu hanya mampu dilihat sahaja.

Kesyukuran juga dipanjatkan kepada Ilahi atas kurnianya kerana sempat juga menjamah dan menikmati sebahagian kecil daripada nikmat yang tidak terhitungkan.  Biarlah menu itu disitu untuk dinikmati oleh insan lain yang lebih berhak.

Sejujurnya YB sedar dan insaf bahawa bila tiba masanya kita akan menempuh banyak perkara. Seterusnya hal-hal yang tertentu kita perlu lewati dan biarkan ia berlalu.  Bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan hidup ini.  Bila tiba masanya kita tidak tahu kita akan sampai juga.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah dan baca entri Bubur Nasi dan Kopi vs. Ais Cincau.