Pageviews

12 Oktober 2015

Cara Elak Sakit Hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cara Elak Sakit Hati


Jika kita amat-amati, kita sebenarnya tidak mampu untuk mengelak dari rasa sakit hati ke atas sesuatu perkara dan kejadian.  Lazimnya kejadian itu tidak selari dengan keinginan kita maka ia menyebabkan kita menjadi sakit hati.  Bila kita sakit hati, seluruh hidup kita rasa tidak selesa dan rasa serta tidak kena.  Sakit hati juga mampu merosakkan keharmonian hidup kita.  Ada masanya kita sendiri tidak pasti apa yang menyebabkan kita sakit hati.

Hidup ini
Hidup ini.  Gambar hiasan


Antara cara untuk elak sakit hati adalah dengan tidak pedulikan apa mereka buat dan tidak mengikut cara hidup mereka.

Janganlah Anda duduk-duduk (bermajelis) bersama para pengikut hawa nafsu, karena sesungguhnya duduk-duduk bersama mereka akan membuat hati menjadi sakit.  (Ibnu 'Abbas)

Semoga ada sedikit manfaat untuk kehidupan kita semua.

10 Oktober 2015

Mengapa Setiap Blogger Patut Update Perkara Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa Setiap Blogger Patut Update Perkara Baik


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, blog ialah laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Sinonim laman blog.

Setiap dari kita pastinya ada sebab tersendiri yang menyebabkan kita berkecimpung dalam dunia blogging.  Mungkin juga ketika blog dibina ia lebih bersifat peribadi dan tidak mempunyai sebab atau niche khusus.  Namun seiring dengan perubahan dan perkembangan dunia blogging, selaku blogger kita adalah sewajarnya menulis untuk kebaikan semua orang terutama pembaca.  

Saya Blogger
Saya Blogger


Mengapa setiap blogger patut update perkara baik?  


Dalam era teknologi maklumat masa kini sebaran maklumat sekelip mata saja sudah mampu meneroka ke seluruh pelusuk dunia.  Terdapat lambakan 'maklumat' yang seringkali memualkan tetapi menjadi viral kerana sifat sebahagian dari manusia yang gemarkan publisiti murahan.  Sehinggakan perkara yang baik itu seolah sudah relevan dengan dunia semasa.  Sedangkan kebaikan itu adalah untuk semua orang dan patut diamalkan setiap masa.

Lihat saja tajuk-tajuk blog yang sering mendapat perhatian ramai, agak menyakitkan mata dan hati. Namun untuk bersangka baik kita boleh saja anggap itu semua untuk pengetahuan.  Tetapi sampai bila minda kita harus disogokkan dengan isu-isu murahan yang langsung tidak memberi faedah kepada perkembangan minda positif.  

Berhati-hati
Berhati-hati


Sebagai blogger, kita harus mempunyai rasa dan hati untuk bertanggungjawab kepada pembaca blog kita dan juga masyarakat umum.  Bukan sahaja maklumat yang kita tulis itu sebagai rentetan kisah peribadi kita, sebaiknya jadikan apa yang dipaparkan di dada blog itu sebagai maklumat tambahan yang membawa kebaikan kepada masyarakat.  Antara perkara yang boleh kita selitkan adalah kebaikan dan keburukan sesuatu perkara dan tidak memaparkan keburukan itu secara total.

Buruk dan baik tulisan kita pada masa kini turut menyumbang kepada imej dan maruah anak cucu kita masa hadapan.

Selamat berblogging.



09 Oktober 2015

Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik


Hasrat hati nak mengeluarkan info berkala sebagai audit kendiri untuk blog YangBaik berkaitan trafik yang diperolehi melalui Alexa Traffics Ranks.  Melihatkan kepada Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik yang sering menjunam, memberikan satu cara kepada YangBaik untuk memperbaiki kaedah penyampaian dan penulisan di blog.  Usaha itu perlu dilakukan sedikit demi sedikit, biarpun terpaksa melawan masa rehat dan sebagainya.


About Alexa: Founded in 1996, Alexa has a rich history of providing deep analytical insights to benchmark, compare and optimize businesses on the web.


Berikut adalah Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik sehingga 9 Oktober 2015.

Alexa Traffic Rank 9 Oktober 2015

Global Rank: 3,106,482, menjunam 2,105,458 berbanding 3 bulan lepas 

Rank in Malaysia:  Tiada data, mungkin juga kerana melepasi rank 500 di Malaysia.

Sentiasa tingkatkan usaha untuk mendapatkan tempat yang terbaik dalam Alexa Traffics Rank.

Sekian.