Pageviews

19 Disember 2014

Sesuatu lebih baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sesuatu yang lebih baik



Kadang-kadang kita cepat rasa kecewa bila gagal peroleh apa yang kita hajati. Itu adalah lumrah selagi kita bernama insan biasa. Namun kita harus sedar setelah kita berusaha sehabis baik, kegagalan berlaku juga adalah kerana kita bakal perolehi hasil yang lebih baik dari apa yang kita sangka sekarang.

Untuk itu, teruskan berusaha dan jangan cepat putus asa.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Jumaat Penghulu Hari dan Audit 5S

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat hari Jumaat



Nampaknya belum sempat lagi nak menulis panjang lebar.
Beginilah saban hari.
Semoga dikelilingi kebaikan dan kemudahan dalam setiap tindakan untuk kebaikan dunia dan akhirat.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid



Inilah antara punca kesilapan dalam entri semalam. 
Dah tak sabar nak menempuh hari.
Audit akhir MPC untuk persijilan semula dan persijilan baru bagi beberapa bangunan lain.




Ketika entri ini ditaip, kami auditee sedang rehat tengahari.  Auditor mungkin juga sedang berehat atau sedang menyediakan laporan.

Ambil kesempatan ini untuk update blog.

Selamat maju jaya kepada semua.


Terima kasih.

18 Disember 2014

Biar tersilap hari jangan tersilap bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alasan bila tersilap

Entah apa mimpi petang semalam tak tahulah.
Dalam dok leka browse internet tiba-tiba teringat nak update entri untuk blog.
Guna phablet kan... kecik jer... bila dah publish... tiba-tiba baru perasan, salah hari pulak...
ohhh tidak...

Maaf yer...terima kasih kepada semua yang memahami

Esok saya publish semula entri tu.

Sibuk sangat sekarang nie...

15 Disember 2014

Metafora AKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Metafora AKU

Aku aku aku
Setelah sekian lama fikir sendiri
Sudah agak lama aku memerhati
Setiap gerak geri segala aktiviti
Sampai kini tiada yang berperi
Sehingga aku berani bertindak sendiri
Aku rasa tiada salah bertindak begini
Lalu aku tidak bertanya di sini
Bertindak sendiri fikir sendiri
Aku fikir ini semua untuk kebaikan duniawi
Tetapi aku terlupa aku bukan mengerti
Citarasa mereka seteguh jati
Tidak mungkin sama fikiran ku ini
Biarpun membantu adalah hasrat hati
Tindakan sendiri begini tidak diingini
Bukan aku berlagak bestari
Menjadi pemudahcara dengan cara sendiri
Percaya atau tidak kini aku meragui
Segala usaha tidak semestinya direstui
Apa jua punca aku tidak mengerti
Bukan kerana nama untuk dipuji
Terserah mereka suka atau benci


Tersentap aku dari leka
Sama sekali tidak kusangka
Segala usaha menjadi pusara
Terhenti di sini bukan kerana luka
Kerana metafora aku memangnya begini...
Tidak perlu bersusah payah untuk mereka
Nantikan saja apa penyudahnya
Biarkan mereka tanpa aku
Aku juga tidak ingin bersama mereka
Namun kerana tugas ku laksanakan juga
Hanya sekadar apa yang ada
Cukup sudah jangan dipinta
Metafora aku.... jangan terluka




╭(╯^╰)╮

posted from Bloggeroid

14 Disember 2014

Redha penerimaan tanpa persoalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




REDHA



Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan Tuhan.
~Ibnu Mussal~

Secara tidak langsung membawa makna bahawa kita perlu muhasabah diri atas apa yang berlaku. Kerana pastinya ada di mana-mana kesilapan kita yang tidak kita sedari.

Wallahu a'lam.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Terlalu banyak guna internet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terlalu banyak guna internet



Bukan sahaja otak jadi senget tetapi dompet juga jadi kering.

Ha ah kan.

Apapun yang kita lakukan pastinya untuk kebaikan semua pihak.
Pastikan juga berbaloi untuk diri sendiri... bukan pentingkan diri tetapi untuk kebaikan diri.

( ^_^ )/~~拜拜

posted from Bloggeroid

Sotong goreng kunyit ringkas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sotong goreng kunyit



Masakan paling ringkas untuk sotong adalah goreng kunyit. Masakan ini amat popular ketika zaman kanak-kanak. Sebabnya bila buat sambal tumis sotong selalu saja sambal tak habis... sotong juga yang dihabiskan. Bukan sahaja ringkas tetapi mudah disediakan. Nak bagi resepi pun segan... sebab senang sangat.

Encik suami suka sangat makan sotong dan seafood.

Untuk rekod, letak jugalah resepi Sotong goreng kunyit versi yangbaik. Jom kita tengok.

Sotong goreng kunyit

Bahan:

300 gm Sotong putih
5 Ulas bawang merah, dimayang kasar
2 Ulas bawang putih, dihiris
1Tangkai merah, dipotong nipis. Boleh juga digantikan dengan cili padi untuk rasa sedikit pedas
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu kecil Garam, atau secukup rasa
2 Sudu besar sos tomato
2sudu besar Minyak masak, untuk menumis

Cara memasak:

1. Sotong dibersihkan dan dihiris mengikut saiz yang sesuai, kira-kira 1cm. Gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan sotong ke dalam kuali tanpa minyak. Kacau perlahan seketika tunggu sehingga air sotong kering.
3. Masukkan minyak masak, bawang dan cili. Kacau sehingga rata dan bawang kelihatan layu. Masukkan sos tomato, kacau sehingga rata.
4. Siap untuk dihidang.

Nota:
Kaedah memasak seperti ini boleh juga diaplikasikan ke atas udang dan daging. Bezanya untuk daging perlu tambahkan halia.

posted from Bloggeroid

13 Disember 2014

Buat kerja pejabat di rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerja pejabat buat di rumah




Sejak dari bangku sekolah kita telah dibiasakan buat kerja sekolah di rumah. Terutama ketika cuti penggal persekolahan. Boleh dikatakan setiap subjek ada kerja rumah dan yang paling banyak biasanya matematik.

Zaman sekolah sudah lama berlalu pergi. Bila dikenangkan semula bagus juga. Ketika itu tidak pernah terfikirpun bila kerja nanti kena bawa balik kerja di rumah. Mungkin ketika itu emak tidak bekerja, ayah pula bukan kerja pejabat. Jika adapun hanya jiran tetangga yang menjadi cikgu, kena bawa balik buku untuk diperiksa.

Jauh sekali apa yang difikirkan ketika itu. Memang tidak sama langsung dengan apa yang difikirkan ketika itu dengan apa yang terjadi sekarang. Bak kata pepatah "Jauh panggang dari api".

Sekarangpun bukan selalu bawa balik kerja ke rumah. Jarang sangat, cuma sehari dua ni terpaksa bawa balik ke rumah itupun sebab boleh buat di rumah dengan kemudahan yang terhad dan secukupnya. Elok juga boleh bawa balik kerja ke rumah, ada masa melihat anak-anak di rumah ketika hujung minggu.

Ada juga beberapa kerja yang belum selesai, terpaksa buat di pejabat dan tidak boleh bawa ke rumah. Seboleh-bolehnya tidak mahu dihabis masa bersama keluarga dengan membuat kerja pejabat. Tetapi... itu yang terpaksa dilakukan. Jika tidak akan menjejaskan imej dan kredibiliti.

Menjelang tahun baharu 2015, nampaknya banyak kaedah kerja yang perlu dirancang dengan lebih teliti.

posted from Bloggeroid

Lukis dan makan aktiviti popular

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lukis dan makan



Lukisan adalah antara aktiviti yang popular sepanjang cuti sekolah. Mana tidaknya dah jemu menghadap tv, tak tahu nak buat apa dah. Di suruh baca buku, sekolah lambat lagi katanya. Di suruh bersukan, hujan pula, jika tiada hujan panas pula. Macam-macam alasan yang boleh diberikan... pilih saja mana satu yang berkenan. Jika dah kehabisan alasan, diam sajalah.

Daripada menghadap tv 24 jam, ayahnya belikan 1 rim kertas A4 untuk dijadikan tempat melepaskan kreativiti. Dah beli kertas kena ada pula warna... gunakan saja warna yang ada. Sekarang ni tak kisah sangat lagi.

Sesekali bawa makan diluar. Makan cendol kosong pun baik juga daripada cendol special yang tiada apa-apa istimewanya... huhuhu letih layan kerenah penjual pulak.

Aktiviti bersama keluarga setiap kali hujung minggu berbeza mengikut mood dan bajet.

Sekian saja cerita lompat-lompat... nak kumpul idea lagi nie
(*^__^*) 嘻嘻……

posted from Bloggeroid

Senang cakap tulispun senang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Bertenang dan terus Istiqamah
Sentiasa Istiqamah untuk berbuat baik.
Bermula dengan perubahan dalam diri sendiri, datangnya dari hati.
Pada permulaan mungkin agak sukar untuk ikhlaskan diri tetapi dengan kesungguhan pasti ada jalan.
Semoga dipermudahkan.


~(@^_^@)~ Terima kasih.

posted from Bloggeroid