Pageviews

28 September 2014

Pemikiran tersendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemikiran tersendiri


Pemikiran kita memang berbeza.
Perbezaan itulah yang menentukan penerimaan kita terhadap sesuatu maklumat.
Ada dikalangan kita menerima pesanan dengan hati yang terbuka dan minda yang positif.
Begitu juga sebaliknya pesanan yang sama tetapi diterima dari sudut yang negatif.
Segala-galanya terletak kepada kita untuk membuat penilaian.




At one point in your life 
you either have the thing you want 
or the reasons why you don't.
~ Andy Roddick


~(@^_^@)~ ( ^_^ )/~~拜拜
posted from Bloggeroid

27 September 2014

Jauhkan diri dari mengumpat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Ya Allah
Jauhkanlah aku dari umpatan oleh hanya dari kesalahan aku dan jauhkanlah aku dari mengumpat kerana kemarahan diri aku sendiri.

Sumber: fb Dr Tengku Asmadi.

Semoga bermanfaat buat semua. Terima kasih.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Terpaksa melepaskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Terpaksa melepaskan walaupun telah lama memberi nama untuk ikuti program berkenaan.

Nak dimulakan cerita, pelepasan peluang itu pada awalnya memang membebankan pemikiran dan perasaan.

Cerita ini adalah "throwback".

Minggu lepas atau mungkin juga sebelum itu lagi telah dimaklumkan mengenai kedatangan Pengasas Sendayu Tinggi bagi satu program khas untuk staf wanita. Dan... saya adalah antara orang pertama bagi nama kepada urusetia. Teruja sangat nak berjumpa dengan Puan Rozita Ibrahim.

Tetapi kita hanya mampu merancang, atas sebab tertentu perlaksanaannya hanya Allah yang lebih tahu. Pada hari kejadian saya sendiri terpaksa membatalkan hasrat untuk berjumpa dan bertemu muka dengan Pengasas Sendayu Tinggi. Ketika itu hati dan perasaan ini cukup terkesan.

Hanya seketika disedarkan ada hikmah atas semua kejadian. Dalam keadaan tertentu kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Kerana kita tidak mampu berhadapan dengan dua keadaan berbeza dalam satu masa.

Semoga ada peluang lain yang lebih baik.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid