Pageviews

03 September 2014

Rabu Tanpa Kata | Kek yang menggoda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tiba-tiba rasa nak makan kek







Ada sesiapa nak belanja?
Atau kena beli sendiri.
Di mana ada jual kek yang sedap dan menyelerakan?


Pilihan untuk mulia di atas kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pilihan untuk mulia


Pilihan untuk mulia atau tidak terletak di tangan kita.  Kita ada pilihan dan pilihan itu bukan dipaksa oleh sesiapa.

Sekiranya kita tidak suka kita boleh tinggalkan.  Jangan kerana kita habis musnah impian dan hasrat orang lain untuk mendapat kejayaan.  Seandainya kita tidak mampu untuk meninggalkan 'kumpulan' itu maka kita hendaklah bersatu hati dan membantu sedaya mungkin.


Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina
(Abu Sulaiman Ad Daroni)

02 September 2014

Buah Jejentik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Bumi Malaysia sungguh bertuah. Kaya dengan hasil bumi dan pelbagai tumbuhan. Alhamdulillah.

Buah jejentik seperti pada gambar di atas dikenalkan oleh rakan sepejabat. Beliau baru balik dari kampungnya di Kedah. (Tak ingat nama kampungnya). Buahnya kecil, kulitnya agak rapuh sentuh sikit sudah pecah, kalau nak jentik pun tak perlu kuat sangat. Isinya warna sedikit kemerahan dan rasanya sedikit masam, jika dah ranum sikit akan terasa masam manis. Jika diamati rasanya lebih kurang seperti buah rambai.

Sungguh saya tidak sangka ada banyak lagi nama buah tempatan yang saya tidak tahu dan tidak kenal. Ingatkan saya ni dah cukup kampung rupanya tidak juga. Perasan sendiri.

Bagaimana pula agaknya rupa pokok jejentik, tidak dapat nak digambarkan.

Ada sesiapa yang kenal ?

posted from Bloggeroid