Pageviews

02 September 2014

Kecil hati dengan diri sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Kecil hati dengan diri sendiri?
Macam tak percaya pula, dengan diri sendiri pun boleh kecil hati.
Mengapa nak kecil hati dengan diri sendiri pula?
Macam mana tak kecil hati, dah puas rasanya pujuk hati dan perasaan sendiri supaya kuatkan semangat, jangan cepat merajuk atau terasa dengan apa yang berlaku. Kerana setiap yang berlaku tu bukan semuanya atas kuasa kita.
Kita sebenarnya tidak berupaya mengawal setiap kejadian.

Biar kecil hati dengan diri sendiri ... itu lebih baik rasanya sebab kita tahu hati kita... merajukpun tak ke mana.

Tabahkan hati untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Semoga mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.

posted from Bloggeroid

Salah pilih jalan tetapi tidak sedar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Dalam kehidupan kita sering buat keputusan.

Ada ketikanya keputusan itu kita buat sendiri tanpa perky merujuk kepada orang lain kerana ketika itu kita mampu dan dibenarkan membuat keputusan sekadar kemampuan kita.

Tetapi, ada ketika kita terpaksa membuat keputusan bersama. Bagi saya, pada ketika itu kita perlu bersabar dan bertenang supaya keputusan yang dibuat mendapat persetujuan.

posted from Bloggeroid

Apa yang diberi itulah yang akan dapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Rencana jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
(QS Faathir: 43)


(*-*)