Pageviews

08 Disember 2013

Mood di hujung minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Inas Insyirah baru lepas mandi.
Tak nak ikat rambut.
Tak nak pakai bedak.
Nak pakai bedak dan perfume umi.
Mana boleh! Tak boleh wooo.
Inas kan kecil lagi.

Kalau macam tu belikan mainan untuk Inas.
Inas nak minum susu...



Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

07 Disember 2013

Sakit mata dan selsema

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Beberapa hari lepas Abid kena sakit mata. Pada mulanya hanya sebelah yang merah. Bangun pagi esoknya dua belah mata pulak.

Ingatkan biasa jer.... mungkin juga nak berubah angin kot. Inilah alasan seorang umi yang sibuk dengan kerjanya.... adushhh....kena 'sound' pulak dek ayahnya...

Untuk hari Khamis lepas minta izin keluar awal untuk bawa Abid ke klinik.... cerita lama baru nak taip kat sini.... ;)

Jumpa Dr di Klinik Azhar. Oleh kerana pada masa tu... hidung Abid juga berair. Dr menyatakan sakit mata dan selsema ada kaitan.  Maka Dapat ubat alahan dan ubat titik mata.

Dan,... hari ini Abid seperti biasa seolahnya tiada apa yang berlaku...

suka duka pentas dunia
posted from Bloggeroid

Menjaga pandangan dan amalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Barangsiapa menjaga pandangannya dari hal-hal yang haram, menanah diri dari syahwat, mengisi batinnya dengan muraqabah (merasa diawasi oleh Allah), menghiasi amalan lahirnya dengan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak memasukkan ke dalam perutnya kecuali yang halal, maka firasatnya tidak akan meleset.

(al-Kirmani)


suka duka pentas dunia


*p/s:  Pertandingan entri CONTEST SEO ERIDY terbanyak dibuka dari sekarang hingga 11/12/13.