Pengikut Setia

10 September 2016

Cadangan Doa Pada Hari Arafah

Cadangan Doa Pada Hari Arafah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?

In sya Allah waktu Wuquf di Arafah akan bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pada 9 Zulhijjah 1437 bersamaan 11/9/2016 Waktu Malaysia 5.30 pm -11.00pm. (jangkaan). Gunakanlah waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab. Selamat Beribadat! 🌺🌟🌹




Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yaa Allah...
Ya Rahman...
Ya Rahim...
Bila hari ini masih menjadi bahagian hidup kami...
Berikanlah kemudahan dan kelancaran untuk menjalaninya...

Bila kelopak mata kami masih dapat terbuka...
Bimbinglah penglihatan kami untuk senantiasa melihat kebaikan dan kebenaran...

Bila mulut kami masih diizinkan berucap...
Tuntunlah agar senantiasa mengatakan kejujuran...

Bila kaki kami masih diberi kemampuan untuk melangkah...
Hantarkanlah ke tempat2 yg menjadi ibadah kami...

Bila tangan kami masih dapat digerakkan...
Gerakkanlah untuk memberikan kebaikan bagi orang lain...

Bila matahari masih diperkenankan menyentuh raga ini,
Sempurnakanlah cahaya-nya di pagi hari untuk menyehatkan tubuh kami...

Bila udara masih menjadi bagian dari nafas kami...
Lapangkanlah rongga dada ini untuk menghirupnya...

Bila dari rezeki yang diturunkan di muka bumi ini masih ada bagian haq kami...
Datangkanlah dalam jumlah yg banyak bagi kami, yg halalan thoyiban dari segala arah...
Agar kami dapat memberi manfaat bagi orang lain yang memerlukannya....

Yaa Allah... Ya Rabb...
Bila keluarga, saudara2, sahabat2 ku disini masih diperkenankan mewarnai kehidupan kami...
Jadikanlah mereka sebagai warna-warni yg penuh keindahan, penuh kasih sayang, rukun dan damai selalu...
Angkat dan hilangkanlah segala penyakit dari keluarga, saudara2, sahabat2 ku ini... gantikanlah dengan kesehatan yang sempurna serta berikanlah sisa usia yang penuh manfaat dan barokah...

*Aamiin Yaa Rabbal 'aalamiin*

Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Qurban semua. Maaf Zahir & Bathin


#Entri ini disalin semula dari grup Whatsaap.


Terima kasih baca entri ini, Cadangan Doa Pada Hari Arafah.

posted from Bloggeroid

09 September 2016

Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan

Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah (SERI) Sandakan ditubuhkan sejak awal tahun 2016 sebagai ladang dakwah dan jihad di bumi Sandakan, telah berkembang, mendapat kepercayaan dan diterima baik oleh masyarakat setempat.

Kini pelajar SERI Ar-Raudhah mencecah seramai 65 orang dan pelajar baru yang mendaftar untuk tahun 2017 hampir 50 orang. Alhamdulillah.  Ini adalah sebahagian daripada hasil sokongan orang ramai selama ini.



Sehubungan itu, bagi menampung pertambahan pelajar tahun 2017, pihak sekolah perlu untuk mengubahsuai kelas-kelas, menambah peralatan dan keperluan seiring dengan tuntutan tahun 2017 yang melebihi 100 orang pelajar.

Besar harapan kami, agar tuan boleh menyumbang dan menginfaq peralatan seperti yang tertera di dalam poster yang disertakan. Tuan/puan juga boleh melakukan infaq/sumbangan secara tunai ke akaun bank yang tertera.

Semoga sumbangan dan infaq tuan/puan diterima sebagai amalan baik disisi Allah demi menyokong usaha dakwah dan jihad di bumi Sandakan khasnya dan Sabah amnya.

Kami dahulukan keperihatinan tuan/puan dengan ucapan, Terima Kasih.

Komander Azminuddin
Mudir SERI Ar-Raudhah.


Terima kasih atas sokongan untuk entri ini, Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan.
posted from Bloggeroid

Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016

Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016.  Sudah lama tidak ikuti perkembangan blog rakan blogger Cikgu Ayu Insyirah.  Kini Cikgu Ayu kembali semula dengan segmen bloglist.  Segmen yang menarik kerana segmen ini berlangsung selama sebulan.  Maka setiap orang berpeluang untuk menyertai segmen ini.  Penyertaan tidak susah, hanya memerlukan kreativiti dan daya usaha yang menghasilkan entri.

Ini adalah entri penyertaan YB untuk Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016.  Berikut adalah sebahagian daripada maklumat untuk segmen ini.



Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016

Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016 


Klik banner di atas untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016.

Jom sokongan segmen ini.



Carian