Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru, entri lewat tengahari ini dari YB. Semenjak kebelakangan ini waktu untuk update blog terasakan semakin suntuk dan sempit. Menjadikan idea yang ada kadang-kadang tergantung lalu terbiar sahaja... tinggal tajuk tanpa isi cerita. Secara kebetulan pada tengahari Jumaat ini ada masa lapang kerana waktu rehat yang panjang, maka YB ambil kesempatan ini untuk update entri Giveaway anjuran rakan blogger Nafas Baru. Tiba-tiba saja baru terasa seperti boleh bernafas dengan lega, mana tidaknya semasa mesyuarat tadi asyik terasa semput saja bilamana ada bajet yang terpaksa cantas bagi memberi laluan kepada perbelanjaan berhemah.
Panjang pula intro untuk entri giveaway ini. Ini semua ada kaitan kerana sudah beberapa hari terjumpa dengan entri Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru. Hanya tengahari ini baru dapat keluarkan entri. Terasa banyak betul yang hendak dikongsikan.
Kembali kepada Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru.
Klik banner
YB berkenan sangat dengan giveaway ini bukan sahaja kerana hadiah yang ditawarkan tetapi melalui giveaway ini secara tidak langsung YB dapat tambah kenalan rakan blogger yang suka travel. Tak berani nak tipu dan tak nak juga hipokrit dengan diri sendiri, hadiah yang ditawarkan turut mempengaruhi YB turut serta dalam giveaway ini.
Antara barang-barang yang akan diberikan dalam giveaway ini merupakan cenderamata yang dibeli oleh penganjur di Madinah dan Vietnam. Tidak perlu dibandingkan dengan nilai atau rupa, tetapi disebabkan beli di luar negara tu yang menjadikannya bernilai. Mana tahu YB dapat aura nanti boleh ikut ke sana ke tempat hadiah itu dihasilkan. Mengharap dan berangan tak salah kan?
Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:
- Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam)
- Purse Kipling x 1
- Keychain Vietnam x 7
Bagi mengikuti syarat-syarat penyertaan giveaway, korang boleh klik pada banner di atas. Ahkak YB tak nak explain panjang lebar di sini. Jadi korang ambillah peluang ini untuk berkenalan dengan penganjur
In shaa Allah, tidak ada ruginya anda menyertai giveaway ini.
Giveaway ini akan tamat pada 28 Jun 2016 jam 11.59 malam.
“Semoga Allah SWT menerima amal-amal dari kami dan kamu.”