Pengikut Setia

19 Mei 2016

Terhempas lagi

Terhempas lagi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Terhempas lagi hati dan perasaan ini
Membuahkan satu rasa keliru
Entah bagaimana hendak dicantum semula
Rasa hati ini tidak ketahuan 


Terhempas lagi
Entah ke berapa kali berhempas pulas melawan gelora
Terhempas ke batu ia bersepai
Terhempas ke air ia terpercik
Terhempas ke belukar ia pintang


Terhempas lagi hati dan perasaan ini
Setelah sekian lama mengendong seribu rasa
Melawan onak duri layar impian
Memulih semula semangat yang hilang



Terima kasih kerana sudi bermonolog bersama Terhempas lagi

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rajin betul cik akak kita sorang ni pergi holiday.  Dan, setiap kali pergi holiday ada saja ole-ole yang dibawa untuk peminat setia blognya.  Yang sebetulnya akak YB pun entah dah berapa kali terlepas pandang cerita-cerita holiday akak Sally nie.  Tetapi cerita-cerita mengenai holiday tu tak per boleh kita baca kemudian... yang sedihnya tu... bila akak Sally buat giveaway, akak terlepas.  Bila terlepas giveaway memang melepaslah peluang untuk dapatkan link percuma dari peminat tegar K-Pop nie :P

Jom kita tengok apa yang Sally sediakan untuk giveawaynya kali ini.

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)


Klik banner di atas untuk turut serta.

Untuk rekod, Sally akan memilih 10 orang blogger menggunakan random.org..

Antara hadiah yang ditawarkan adalah:
  • 5 keping poskad DIY by Sally, 
  • 5 Key-chain/Fridge Magnet

Giveaway ini bermula : 12hb Mei 2016 (9.45pm) dan tamat : 20hb Mei 2016 (11.59pm) ... oiii dah dekat sangat dah... cepat-cepat join giveaway nie.

Ini adalah pesanan Sally, kepada yang tiada Instagram atau Facebook...takpe...masih boleh join tapi jangan la takde blog ye... 

Meh kita reramai berebut trafik dan hadiah dari Sally 

Terima kasih sudi singgah baca entri Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

Antara yang dicintai dan disukai

Antara yang dicintai dan disukai



Assalamualaikum dan selamat sejahtera




 Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.
(Salah seorang ahli hikmah)


Terima kasih sudi singgah baca entri Antara yang dicintai dan disukai.

Carian