Pengikut Setia

13 April 2016

Peserta & Pemenang Segmen Blogwalking + Bloglist #3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peserta & Pemenang Segmen Blogwalking + Bloglist #3


Agak lewat YB keluarkan entri penghargaan untuk pemilihan ini.  

Sebagai sokongan kepada rakan blogger, YB telah menyertai Segmen Blogwalking + Bloglist #3 yang dianjurkan oleh rakan blogger Mohd Noor Shawal pada 25 Mac 2016.

Penyertaan yang cukup mudah dimana peserta hanya perlu salin dan tampal template html yang disediakan oleh penganjur.  



Penganjur telahpun memaklumkan senarai peserta. Atas kemurahan hati penganjur, semua peserta segmen telah dimasukkan dalam senarai blog yang diberi nama "The Best".  Terasa best sangat bila diberi penghargaan begitu.  Apa tidaknya ini merupakan kali kedua blog YB termasuk dalam senarai blog di blog Mohd Noor Shawal.  Entri penuh mengenai senarai berkenaan boleh baca di SINI.


Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi singgah baca entri Peserta & Pemenang Segmen Blogwalking + Bloglist #3.

12 April 2016

Direktori Top Mommy Bloggers by Shehanzstudio.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Direktori Top Mommy Bloggers BY Shehanzstudio.com


Suka dan teruja sangat bila termasuk dalam senarai Top Mommy Bloggers.

Pada awal bulan Mac 2016, rakan blogger yang merupakan pemilik shehanzstudio.com telah menganjurkan segmen Top Mommy Bloggers.  Tujuan segmen berkenaan dianjurkan adalah untuk mengumpul ibu-ibu dari kalangan blogger dan diwujudkan satu direktori khusus.  Semoga dengan adanya direktori sebegini dapat dijadikan tempat rujukan untuk ibu-ibu berkongsi idea dan cadangan bagi pembangunan keluarga termasuk inovasi dan pendidikan anak-anak.

Ahli Top Mommy Bloggers by Shehanzstudio.com
Ahli Top Mommy Bloggers by Shehanzstudio.com


Kini, Shehanzstudio telah mengeluarkan senarai blogger yang menyertai segmen berkenaan dan secara tidak langsung semua peserta telah dimasukkan dalam senarai Top Mommy Bloggers.

Keahlian akan bertambah dari semasa.  Penganjur juga masih membuat peluang kepada semua semua ibu-ibu atau mommy blogger untuk menyertai direktori berkenaan.

Masih boleh join lagi. Kepada yang berminat dan hendak mengetahui lebih lanjut mengenai direktori ini, boleh klik SINI.


Terima kasih atas perhatian dan minat ke atas entri Direktori Top Mommy Bloggers by Shehanzstudio.com


Jangan biarkan orang lain tentukan cara kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan biarkan orang lain tentukan cara kita


YB kembali semula, setelah berhari-hari tidak update blog.  Masih lagi ada beberapa perkara berkenaan blog yang belum diselesaikan.  Tersimpan rapi dalam kotak draf.  Entah bila dapat merealisasikan entri berkenaan.

Tidak mahulah kerana sebab remeh-temeh itu menyekat perkembangan blog YB yang sudah memang tersekat-sekat perkembangannya.  :P

Blogger Area

Untuk entri kali ini YB ingin kongsikan petikan ini yang diambil dari group Telegram #TBA (Team Blogger Area).

Kita sering membiarkan sikap buruk orang lain menentukan cara kita bertindak. Sebenarnya pemenang dalam kehidupan adalah orang yang sejuk bila berada di tempat panas, yang manis bila berada di tempat pahit, yang tenang bila badai melanda dan yang tetap berasa kecil sekalipun telah menjadi besar. (Tuan Zuan, 2016)

Boleh dijadikan motivasi untuk kembali aktif dalam blog dan juga semangat dalam kerja.



Carian