Jangan biarkan orang lain tentukan cara kita
YB kembali semula, setelah berhari-hari tidak update blog. Masih lagi ada beberapa perkara berkenaan blog yang belum diselesaikan. Tersimpan rapi dalam kotak draf. Entah bila dapat merealisasikan entri berkenaan.
Tidak mahulah kerana sebab remeh-temeh itu menyekat perkembangan blog YB yang sudah memang tersekat-sekat perkembangannya. :P
Blogger Area |
Untuk entri kali ini YB ingin kongsikan petikan ini yang diambil dari group Telegram #TBA (Team Blogger Area).
Kita sering membiarkan sikap buruk orang lain menentukan cara kita bertindak. Sebenarnya pemenang dalam kehidupan adalah orang yang sejuk bila berada di tempat panas, yang manis bila berada di tempat pahit, yang tenang bila badai melanda dan yang tetap berasa kecil sekalipun telah menjadi besar. (Tuan Zuan, 2016)
Boleh dijadikan motivasi untuk kembali aktif dalam blog dan juga semangat dalam kerja.