Pengikut Setia

15 Mei 2015

Ujian kebaikan dan keburukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ujian kebaikan dan kebaikan.  Sekadar berkongsi hikmah untuk peringatan diri sendiri.  Biarpun hikmah ini berulang kali disiarkan.  Namun kita sering alpa dan lalai.  Semoga peringatan ini memberi kesan dalam kehidupan.

Pilihan kehidupan

Barangsiapa melihat kebaikan-kebaikan dirinya sendiri, maka ia akan diuji dengan melihat keburukan-keburukan orang lain. Dan Barangsiapa melihat keburukan-keburukan dirinya sendiri, maka ia akan selamat dari melihat keburukan-keburukan orang lain. Dan barangsiapa menyangka bahwa seorang saudaranya muslim sedang ditimpa fitnah, maka sesungguhnya dirinya sendirilah yang sedang ditimpa fitnah. (Mahfudh bin Mahmud)

 Semoga bermanfaat buat semua.

14 Mei 2015

Segmen Cash by Inani Hazwani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Cash by Inani Hazwani.  Maaf yer rakan blogger sekalian.  YangBaik lalu lagi sekali yer, bawa segmen bersama.  Kali ini ini YangBaik join segmen anjuran rakan blogger Inani Hazwani. Segmen ini walaupun sudah lama mula dianjurkan tetapi baru sekarang nak join.  Dah lama simpan dalam draf.  Sedar-sedar dah hampir tamat.

http://cikmanissweet.blogspot.com/2015/05/segmen-cash-by-inani-hazwani.html

Terkejut?  Ha ah... segmen ini bakal ditamatkan lebih awal dari yang tertera pada banner di atas.

Segmen bakal ditamatkan pada 22 Mei 2015.  So... kepada yang belum join cepat-cepat klik banner di atas.

Klik banner di atas untuk dapat maklumat lanjut.

Jom meriahkan segmen rakan blogger.



Janganlah tengok saja... sudi-sudikan klik butang share di bawah nie yer... Terima kasih!

Perhiasan dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perhiasan dunia.  Setiap dari kita, saya yakin sudah biasa baca kalimah ini di mana-mana.  Hatta di laman sosial pun dah bersepah ungkapan ini dipaparkan dalam berbagai bentuk dan corak yang menarik.

Dengan ini, YangBaik sekali lagi nak berkongsi mutiara kata yang amat popular ini untuk tatapan dan ingatan kita bersama.

Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah
(HR Muslim)

Gambar hiasan



Semoga kita wanita yang tergolong dalam perhiasan dunia yang paling indah.  Bukan sekadar menghias diri sendiri tetapi untuk dunia kita seluruhnya.

Carian