Pengikut Setia

14 Mei 2015

Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh


Masih lagi bersegmen.  YangBaik dah semakin kemaruk join segmen sekarang nie.  Maklumlah idea nak mengarang panjang lebar pun dah kedaung.  Susunan blog pun masih tidak berapa teratur sibuk pula nak join segmen.  Rasanya buat masa ni biarlah dulu dengan warna dan susunan sedia ada. 

Walaupun tidak nampak macam blog 'mak-mak' sangat tidak mengapalah.  Janji laju.  Korang perasan tak??? Perasan kan... klik jer kat blog ni... cepat jer keluar semua-semua yang ada dalam blog nie... ha itulah penganan template New Thesis Versi 3.  

Tengok pula ada apa dengan segmen blogwalking yang Parihh buat nie.  Rupa-rupanya Parihh masih lagi belajar dan sekarang sedang bercuti.  Semester ke berapa dah eh??  


Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh

Klik banner di atas untuk berkenalan dengan Parihh dan segmennya... P

Segmen berlangsung mulai 7 - 31 Mei 2015.  Bertujuan untuk merapatkan hubungan di kalangan blogger.  Beruntung Parihh, ramai rakan blogger yang join segmen.

Untuk Segmen ini, hadiah yang ditawarkan adalah Review Blog : 5 pemenang dan Bloglist : 10 pemenang.  Kiranya ada 15 blogger yang bertuah lah nie..

Jom... klik banner di atas dan kita meramaikan segmen ini.

Terima kasih.

Oppss... jangan segan-segan kliklah butang share di bawah nie.  Sharing is caring :D

13 Mei 2015

Bawa Inas ke Klinik Dr Zakaria

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bawa Inas ke Klinik Dr Zakaria.  Sudah tiga hari Inas dok merengek. Selsema dan batuk-batuk. Nampak seperti tidak teruk. Dibiarkan saja sembuh dan baik dengan sendiri. Kononnya nak bagi antibodi kuat dan teguh.

Tapi tidaklah dibiarkan begitu saja. Pemantauan tetap juga dilakukan, tak boleh main panas banyakkan minum air kosong. Tapi dihentamnya minum ais, air kosong tak nak minum langsung, pantang suam sikit diletaknya ais penuh cawan.

Petang tadi balik rumah, Inas melepek depan tv. Nampak macam okey lah tu. Boleh gelak-gelak lagi. Tapi bila dekat baru perasan ada kesan bintik-bintik merah pada muka dan tangan. Nak kata campak tak juga tapi tak tau lah apa jenis penyakitnya. Tak boleh jadi, kena bawa ke klinik nie...

selfie sementara tunggu ubat

Namun namapun budak-budak, bukannya mahu duduk diam. Melainkan dah tak lalu bergerak sangat.

Di klinik, bukan main lagi ceria. Apa saja soalan yang doktor tanya semuanya Inas jawab dengan tertib. Macam tak percayapun ada juga. Betul ke apa yang dia jawab tu. Tapi Doktor Zakaria nampak macam yakin dan percaya jer dengan jawapan Inas. Kira betul lah tu.

Menurut doktor, bintik-bintik merah tu bukan campak tetapi sejenis alahan. Lega sikit bila dengar penjelasan doktor. Risau juga kot-kot penyakit lain.  Inas dibekalkan dengan ubat demam, selsema, batuk, antibiotik dan losyen calamine untuk disapu pada bintik-bintik merah pada kulitnya.

Inas dengan ubat serasi sangat. Tak perlu paksa. Kalau boleh setiap jam nak makan ubat.

Semoga Inas cepat pulih.
posted from Bloggeroid

Tak menghargai perasaan dan pengorbanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tak menghargai perasaan dan pengorbanan


Selingan


Keywords hari ini


Kesedaran





Carian