Pengikut Setia

24 Disember 2014

Rabu Tanpa Kata : Peringatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peringatan



Tempat berlumba ambil kesempatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tempat berlumba ambil kesempatan


Keindahan pagi, berehat seketika dari kesibukan urusan dunia.  Gambar hiasan


Barang siapa mengetahui bahwa dunia ini adalah negeri tempat berlomba untuk meraih dan mengumpulkan amal shalih, dan ia pun mengetahui bahwa semakin tinggi kedudukan seseorang dalam ilmu dan amal maka makin tinggi pula kedudukannya di surga kelak, maka ia tidak akan menyia-nyiakan waktu sedikitpun dan akan berusaha memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya, dan ia tidak akan melewatkan kesempatan sekecil apapun untuk berbuat baik.

(Ibnu 'Aqil)

23 Disember 2014

Kekalutan dan keliru ini pasti terpadam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kalut dan keliru



Baru semalam rasanya hendak rasa tenang sedikit dalam menguruskan hidup. Hari ini kekalutan itu datang lagi. Ketenangan ini seakan diragut sang pencopek misteri. Menguruskan diri dalam keterpaksaan begini terasa semakin sesak dan menyesakkan juga memualkan.

Hujung tahun begini lazimnya ramai yang bercuti panjang kononnya untuk menghabiskan cuti yang masih berbaki. Bercuti bersama keluarga, melancong dan balik kampung. Cemburu pun ada juga dengan mereka. Tetapi itu rezeki mereka, rezeki dan peluang untuk saya belum tiba lagi.

Tiba-tiba sakit kepala ini datang semula. Mungkin kerana penat memikirkan perancangan yang gagal terlaksana dengan baik. Sakit ini pastinya berulang, entah sampai bila akan berterusan begini. Penat rasanya memikirkan perkara yang tak henti kunjung tiba. Bermusim bukanlah halangan tetapi tibanya sederap sehingga terasa terlalu berat. Adakah kerana salah sendiri? Ujian ini rela kuterima. Agar terganti cacat cela di mana berada.

Keliru dengan fungsi diri atau fungsi mereka. Setiap gerak geri mereka perlu diperhatikan agar tugasan terlaksana mudah. Tetapi segalanya tidak semudah petik jari, apatah lagi semudah kacang. Tersilap langkah deranya tak sudah. Bertimpa-timpa, bertalu-talu, bertubi-tubi bersilih ganti datangnya menindih waktu. Rasanya sudah tiada daya mengenjak graf yang kian menurun. Menepis masa silam juga semakin sukar.

Apapun yang terjadi, doaku semoga setiap urusan hidup ini dipermudahkan. Biarpun sukar mampu diselesaikan dengan baik walaupun tindak sempurna. Kerana kita hanya manusia biasa.

posted from Bloggeroid

Carian