Pengikut Setia

28 Januari 2013

Corak | Siri Kemboja untuk semua

As salam,


Hari ini aye siarkan gambar corak atau design dari koleksi peribadi bertemakan kemboja.  Corak-corak yang simple dan ringkas ini adalah hasil kerja tangan aye sepenuhnya dan ada sebahagian kecil adalah sumbangan idea oleh Alif... ikut warna kesukaannya.

Corak-corak ini untuk anda semua yang sudi singgah di blog picisan ini.  Sudi-sudikan.

birunya kemboja 

kemboja di bintang

enam kemboja

kelopak kemboja

tersurat merah kemboja

Hanya ini dulu yang sempat dipamirkan buat kali kali ini.  Gambar corak di atas molek juga dijadikan sebagai wallpaper di desktop komputer atau mana-mana yang berkenan seperti gambar kulit untuk facebook.

Sudilah kiranya meninggalkan pesan di kotak komen sekiranya corak di atas menarik minat.  


'suka duka pentas dunia'

27 Januari 2013

Orang muda mampu ada keluarga

As salam,



serpihan pelangi pagi



Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.  (HR Muttafaq Alaihi)

26 Januari 2013

Hari Sabtu dan kisah sebaliknya

As salam,



bunga misteri

Hari ini Sabtu, 26 Januari 2012.  Dah tengahari baru nak mula menulis.  Sepatutnya hari ini sekeluarga lepak-lepak kat rumah buat aktiviti gotong royong perdana 5S.  Maklumlah rumah pun dah tak berapa nak kemas... sibuk memanjang. 

Paling tidak pun berkebun.  Dah lama sangat tak buat aktiviti tu.  Sekadar tengok saja pokok di rumah mak cantik-cantik banyak pula tu.  Memang sejuk tangan mak.  Apa saja yang dicucuk semuanya tumbuh subur menghijau termasuk juga yang menumpang teduh.  Apa lagi rumput lah.  Tetapi sekarang mak sudah tidak berapa sihat.  Pokok-pokok yang ditanam oleh mak dulu semakin layu dan kekuningan persis merindukan belaian sejuk tangan mak.

Tangan aye tak berapa nak sejuk.  Tanam pokok bunga tak berapa hari, tak sempat sampai sebulan dah mati.  Tak terjaga.  Bukan malas tapi tak sempat.  Termasuk pokok bunga misteri seperti di dalam gambar di atas.  Cerita mengenai dah tersiar tak lama dulu.

Tanaman kucai pemberian mak dalam pasu dulu pun dah mati.  Ada yang kena cabut dek anak-anak, tangan yang montel... geramnya.  Sekarang cuba tanak pokok cili pula.  Mudah-mudahan menjadi.


rindukan saat ini
Hari Sabtu juga biasanya tetapi tidaklah selalu, makan roti canai atau tosei di kedai mamak.  Tetapi hari Sabtu ni aye bekerja, encik suami juga bekerja.

Tengoklah perancangan petang nanti menjadi atau tidak.  Kasihan kepada anak-anak terpaksa memerap di rumah lagi.  Tetapi mereka dah biasa sebenarnya... perlu dibiasakan? 

bubur biji nangka
Jika ada kelapangan petang Sabtu ni buat bubur biji nangka.  Kalau menjadi lah, kalau tak jadi buat jer buah melaka atau onde-onde tak pun lepat tikam.  Hmmm... ketayap pun boleh juga.

Sementara itu di ofis ini pada hari Sabtu ini buat kerja dengan sebaik-baiknya.  Walaupun masih dalam mood terkejut tetapi pekerjaan mesti diteruskan.

Semoga yang terbaik untuk anak bangsa ku.

'suka duka pentas dunia'


Carian