As salam,
|
bunga misteri |
Hari ini Sabtu, 26 Januari 2012. Dah tengahari baru nak mula menulis. Sepatutnya hari ini sekeluarga lepak-lepak kat rumah buat aktiviti gotong royong perdana 5S. Maklumlah rumah pun dah tak berapa nak kemas... sibuk memanjang.
Paling tidak pun berkebun. Dah lama sangat tak buat aktiviti tu. Sekadar tengok saja pokok di rumah mak cantik-cantik banyak pula tu. Memang sejuk tangan mak. Apa saja yang dicucuk semuanya tumbuh subur menghijau termasuk juga yang menumpang teduh. Apa lagi rumput lah. Tetapi sekarang mak sudah tidak berapa sihat. Pokok-pokok yang ditanam oleh mak dulu semakin layu dan kekuningan persis merindukan belaian sejuk tangan mak.
Tangan aye tak berapa nak sejuk. Tanam pokok bunga tak berapa hari, tak sempat sampai sebulan dah mati. Tak terjaga. Bukan malas tapi tak sempat. Termasuk pokok bunga misteri seperti di dalam gambar di atas. Cerita mengenai dah tersiar tak lama dulu.
Tanaman kucai pemberian mak dalam pasu dulu pun dah mati. Ada yang kena cabut dek anak-anak, tangan yang montel... geramnya. Sekarang cuba tanak pokok cili pula. Mudah-mudahan menjadi.
|
rindukan saat ini |
Hari Sabtu juga biasanya tetapi tidaklah selalu, makan roti canai atau tosei di kedai mamak. Tetapi hari Sabtu ni aye bekerja, encik suami juga bekerja.
Tengoklah perancangan petang nanti menjadi atau tidak. Kasihan kepada anak-anak terpaksa memerap di rumah lagi. Tetapi mereka dah biasa sebenarnya... perlu dibiasakan?
|
bubur biji nangka |
Jika ada kelapangan petang Sabtu ni buat bubur biji nangka. Kalau menjadi lah, kalau tak jadi buat jer buah melaka atau onde-onde tak pun lepat tikam. Hmmm... ketayap pun boleh juga.
Sementara itu di ofis ini pada hari Sabtu ini buat kerja dengan sebaik-baiknya. Walaupun masih dalam mood terkejut tetapi pekerjaan mesti diteruskan.
Semoga yang terbaik untuk anak bangsa ku.
'suka duka pentas dunia'