Pengikut Setia

21 September 2012

Profesionalisma dalam pengurusan acara

As salam,



gambar hiasan
Profesionalisma dalam pengurusan acara.  Memang agak berat tajuk penulisan kali ini.  Namun yangbaik akan cuba tulis seringan mungkin.  Andai ada rasa cuak dengan penulisan ini, apakan daya hamba ini sekadar meluah isi hati.
 
Suasana kerja sekarang tidak sama dengan zaman dahulu, sekarang banyak guna teknologi seperti komputer terutama e-mail  sebagai perantara dalam komunikasi.  Namun tidak semua orang mahir dan mahu berinteraksi melalui e-mail.  Rata-rata lebih suka berurusan secara bersemuka atau paling tidak melalui telefon.
 
Begitulah dalam kecanggihan teknologi sekarang, memang kita terpaksa menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan berlapang dada termasuk kaedah komunikasi 'baru' dalam meningkatkan profesion.  Tidak bermakna pula orang yang tidak menerima teknologi ini tidak pro tetapi akan dilihat sebagai tidak pro-aktif kerana masih lagi bergantung kepada kaedah tradisional.
 
 
Bukan hasrat nak menyalahkan sesiapa, tetapi itulah hakikat yang harus diterima dalam dunia kerjaya hari ini.  Walau secanggih mana sekalipun teknologi masih perlu diiringi dengan kaedah tradisional agar kita tidak ketinggalan dan tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk menjayakan sesuatu majlis.
 
gambar hiasan: tiada kaitan dengan cerita
 
Perlu ingat bahawa kita tidak boleh terlalu mengharap kepada orang lain untuk membantu kita dalam menjayakan sesuatu acara.  Pengurusan majlis dan acara memerluka komitmen diri sendiri yang tinggi serta kekuatan semangat dan peribadi bagi menjayakannya.  Jika terlalai atau terleka kerana percaya kan orang lain... silap2 kita yang merana dan terseksa.  Memang terseksa. 
 
Mengurus dan menjayakan sesuatu acara dan majlis, bagi sesetengah pihak memang mudah tetapi tidak bagi @yangbaik yang baru setahun jagung sesekali diberi tugas untuk mengendalikan majlis.  Memang tak suka tetapi demi tugas dan tanggungjawab kepada organisasi maka tugas ini harus digalas walaupun terpaksa menebalkan muka apabila acara tidak berjalan seperti yang dirancang.  Perlu belajar lagi.
 
gambar hiasan
 
 
Perjalanan kehidupan masih jauh dan masih banyak yang akan ditempuh.  Andai tidak diatur dan dirancang dengan teliti mungkinkah akan tersungkur atau rebah di perjalanan. 
 
Hanya masa yang mampu menyaksikannya dan tidak mungkin kita selaku pelaku harus membiarkan sahaja ianya berlalu tanpa sebarang penambahbaikan!
 
Hidup perlu KAIZEN!
 
 
'suka duka pentas dunia'
 
 
.

20 September 2012

Lisan orang yang berakal

As salam,




Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, maka ia menahan diri.


(HR Bukhari dan Muslim)

15 September 2012

Ada Apa Antara Perkataan dan Perbuatan

As salam,





Hati-hatilah kalian dengan perkataan yang dusta, karena perkataan yang dusta akan menuntun pelakunya kepada perbuatan fajir. Dan sesungguhnya perbuatan yang fajir akan menuntun pelakuya kepada api neraka.
(HR Muslim)

Carian