Pengikut Setia

29 Disember 2010

Trofi Piala Suzuki AFF 2010 menjadi milik Malaysia | No Heart Feeling

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Akhirnya Malaysia berjaya juga membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF 2010, buat pertama kali semenjak kejohanan berkenaan diwujudkan.  Biarpun Malaysia tewas 2-1 pada pusingan kedua namun kerana bekalan 3-0 pada pusingan pertama Malaysia menang dengan agregat 4-2.

Pelikke bila wanita buat catatan tentang sukan, bola pulak tu... cerita tentang sukan memang bukan bidang aye tapi kena layan jugak RTM1, sebabnya kalau tidak Encik suami tu lari nonton kat luar pulak ngan kawan2... tu pun nampak macam tak senang duduk...

Berani yek buat kenyataan nih... hehehe, sebabnya encik suami aye ni kureng sikit dengan IT tambahan lagi blog.  Walaupun dialah dihati yang sentiasa beri support untuk aye berblogging... hah, sambil layan dia tengok bola, aye layan jer blog nih...

akhir kata, Tahniah dan syabas buat pasukan Malaysia dan esok nak cuti ker?... Takyah la... kerja dok bertimbun tu... cuti jer hari Sabtu dan Ahad ni yek...

Oh ya... citer tentang klinik kesihatan tu... nanti aye publish kan...

Sekian adanya...

Croydon Baby Boy Giveaway

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Dalam kekalutan Piala Suzuki AFF 2010, tak pasal-pasal join GA anjuran Afidah Arif.  GA khas untuk newborn nephewnya... comelnye baby

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke blog Afidah Arif:  From Dubai With Love

Aye nak tag:

sekian adanya

Kemuncak debaran Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia,

Debaran perlawanan separuh masa pertama selesai sudah.  Malaysia dan Indonesia masih terikat dengan 0-0.  Tetapi awas, perlawanan separuh masa kedua masa belum selesai... perjuangan yang belum selesai.

Ops... wah dah golll.... no. 10 memang gah.... gol pertama untuk Malaysia... adakah ia benar?... nantikan keputusan akhirnya... ewahhhhhh akak tak pandai nak mengulas sukan sebab akak bukannya Hasbullah Awang... yang dah memang expert...

RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. - Foto Osman Adnan

Dec 29, 2010 5:32 pm

(Sumber gambar:  Berita Harian Online)

Carian