Pengikut Setia

14 April 2015

Ubi keledek manis dari Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ubi keledek manis dari Jepun

Agak lama tak makan ubi keledek rebus. Walaupun selalu terjumpa ubi keledek di pasar malam. Tapi tak teringin pula nak beli sebab dok teringatkan anak-anak tak pandai makan ubi rebus. Nak buat pengat tu... kena beli santan pulak. Oiii.... banyak betul alasannya. Yang sebenarnya malas ssss... hehehe.

Terkenangkan zaman kanak-kanak ketika di kampung. Ketika itu, sebut saja nak makan ubi keledek, tok akan ambilnya di kebun belakang rumah. Kalau ada banyak, banyaklah dapat makan dan sebaliknya ikut rezeki. Bestnya masa tu makan ubi rebus ni cicah kelapa parut yang digaul garam dan gula.

Masa tu tak kisahpun nama ubi apa, janji dapat makan.

Bila dah besar ni, nak makan kena cari sendiri.

Dan paling hebat bila dah ada anak kenalah sediakan untuk anak-anak pula. Itulah kitaran hidup. Kan!


Makan ubi keledek Jepun rebus yang manis walaupun tak cicah gula.

Hujung minggu lepas ke TESCO dan ubi keledek ini tidak termasukpun dalam senarai barang untuk dibeli. Tapi saja lah... tengok harga boleh tahan juga tidaklah mahal sangat dan menarik juga sebab tiada kos GST untuk ubi keledek ini.

Anak-anak baru jumpa ubi rebus. Teruja bukan main lagi.

posted from Bloggeroid

Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman


Kalau dah jadi blogger memang lah tak lari dari Giveaway.  Terutama bila tiada idea nak menulis elok sangat lah. 

Memang untungnya dapat join giveaway, selain dari dapat tambah kenalan dari rakan blogger dapat juga tumpang trafik link dari penganjur GA.  Paling untung bila penganjur GA tu ada blog PR yang baik.

Daripada berceloteh panjang lebar pasal GA, jpm kita tengok ada apa dengan Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman.

Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman


Senarai hadiah yang ditawarkan


  1. Wang tunai RM30 [Gnor.gnur]
  2. Wang tunai RM20 [yanayani]
  3. Wang tunai RM20 [yana]
  4. Wang tunai RM10 x3 [Zaidatulazney]
  5. Wang tunai RM10 [Khaty]
  6. Wang tunai RM10 [sitiliza.aufa]
  7. Wang tunai RM10 [ikazulaikha]
  8. 2 dress and 1 bawal ruffle x1 [nurul]
  9. Tudung x1 [embun]
  10. Rempah ayam tandoori x1 [embun]
  11. Tudung bawal sequin x5 [mrspuex] 
  12. Tapak Iklan free selama sebulan [Syira]

Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira.

Giveaway ini tamat pada 16 April 2015

Jom join Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman.  Klik banner di atas untuk join dan berkenalan dengan penganjur.





Berselindung di sebalik alasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berselindung di sebalik alasan


Hentikan alasan dan mulakan tindakan segera.  Tindakan bagaimana yang harus kita mulakan seandainya apa jenis tindakan kita tidak tahu.  kan... alasan juga tu.

Saja nak cerita kan.

Kita memang sentiasa sibuk dengan segala macam urusan.  Tetapi sukar untuk kita dokumenkan kesibukan itu.  Jadi bagaimana kita nak pertahankan bahawa kita memang sibuk dan banyak sangat kerja dalam satu masa.

Masalah juga bila kerja yang kita buat itu sebenarnya adalah kerja orang lain.  Kita hanya akan tersedar bahawa kesibukan itu adalah ciptaan kita sendiri setelah diberitahu begitu.

Jadi selama ini... memang kita tidaklah sibuk mana tetapi banyak kepada menyibuk.


Berselindung atau sembunyi

Sukar nak digambarkan juga.  Bagaimana kita kadang-kadang buat kerja seperti syok sendiri.  Entah apa-apa jer, ke hulu ke hilir macam lipas kudung tapi tiada isi.

Memanglah kadang-kadang apa yang kita buat itu tidak perlu dicanang ke seantero dunia.  Tetapi cukuplah hanya kita yang tahu.

Setiap orang ada alasan sendiri untuk melakukan atau tidak.

Alasan yang bertindak awal atau lambat adalah pilihan masing-masing kerana hasil daripada tindakan yang diambil itu, kesannya hanya dia yang tahu.

Ada sesuatu yang terselindung...



12 April 2015

Kenali huruf ABC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


🌺Kenali huruf ABC 🌺


A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
MuhammadurRasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia depan kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tiada Iman dan Amal...


🌺Terima kasih.



#copypaste

posted from Bloggeroid

Melukis sambil baring

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Melukis sambil baring

Hobi melukis sudah ada dari kecil sejak pandai pegang pen dan kertas. Datang dari gen mana tak tau. Mungkin ikut gen umi sikit dan gen ayah sikit... kot.

Yang bestnya umi bila melukis memang hebat... meniru lah kan. Paling best kalau dapat tekap memang handal.

Tapi kan... umi tak pernah nampak pulak ayah melukis.


Paling suka melukis Ultraman.

Melukis sambil baring boleh dapat banyak idea dan ilham. Bukannya tiada meja dan kerusi. Cuma dia lebih selesa sambil meniarap...

Bakatnya dah diperturunkan kepada adik-adiknya...

posted from Bloggeroid

Semangat nak pergi sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semangat nak pergi sekolah


Agaknya bila melihatkan kesibukan abang dan kakaknya dengan urusan sekolah, menjadikan dia bersemangat dan teruja ke sekolah.

Katanya bosan duduk di rumah asyik tengok kartun, makan, tidur.

Ater ... anak oi, itu saja ke yang awak buat di rumah? Kan banyak lagi aktiviti lain.

Opsss... terlupa pula, lukisannya cikgu tak tengok lagi. Cikgu Jasmin sibuk dengan kerja sekolah Upin dan Ipin.

Hehehe....memang seronok dapat masuk ke alam fantasi anak-anak.

Selfie untuk hari ini



Tunggulah tahun depan Inas pergi sekolah yer ~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

11 April 2015

Berkongsi pandangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berkongsi pandangan

Bukan mudah untuk kita terus komited menghasilkan entri blog. Jika tidak dengan keinginan sendiri serta dorongan orang yang terdekat.

Penting juga untuk kita mengambil kira pandangan dan perasaan orang lain yang membaca blog kita. Walaupun blog ini adalah blog kita tetapi setiap penulisan kita turut menyentuh hati dan perasaan. Kan???

Jika pun kita menulis itu untuk luahan peribadi, adalah penting untuk kita tidak melukakan hati dan perasaan orang yang membaca blog kita.



Penilaian mengenai sesuatu penulisan itu turut diwarnai oleh lakaran gambar yang disertakan.

Dan... saya tidak tahu apa yang hendak dikaitkan antara penulisan entri ini dengan gambar di atas. Boleh juga dikatakan gambar di atas sekadar hiasan untuk mencantik entri yang kesamaran ini.

Terima kasig.

posted from Bloggeroid

Antara diet dan jimat ketika makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara diet dan jimat ketika makan

Bukan nak kata korang saya pun selalu terfikir juga maksud diet yang sebenar. Kita sering faham diet itu kerana hendak kurus. Sedangkan maksud diet yang sebenar adalah lebih dari itu. Kita boleh simpulkan bahawa diet membawa maksud cara atau jenis kita makan atau amalan pemakanan kita. Sama ada diet kita sihat atau tidak terpulang kepada selera dan cara kita bertindak ketika berhadapan dengan makanan.

Seandainya kita dari jenis yang mementingkan pemakanan sihat, sudah pasti kita akan mengikut jadual waktu makan yang standard dan pengambilan makanan kita pastinya kurang berminyak, kurang garam dan kurang gula. Apa yang paling penting kita wajib ingat makanan yang hendak masuk kedalam perut kita itu semestinya halal dan bersih.

Maksud halal adalah jelas seperti yang termaktub di dalam al-quran;
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik", petikan dari Surah al-Baqarah, ayat 168.



Diet tidak salah asalkan makanan yang masuk ke dalam perut kita itu datangnya dari sumber yang halal selain dari makan itu sendiri adalah makanan yang berkhasiat, halal dan sederhana sesuai dengan keperluan badan kita.

Okey... tak payah nak kata orang lain lah, saya sendiripun kadang-kadang waktu makan tidak menentu

Semoga kita sentiasa istiqamah untuk menjalani cara hidup sihat menurut Islam. Wallahu a'lam.

Terima kssih

posted from Bloggeroid

Rezeki masing-masing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rezeki masing-masing

Hari ini membawa kejutan yang bukan sedikit. Setelah 10 hari mengharungi hari bersama GST pastinya banyak memberi kesan kepada perbelanjaan harian.

Walaupun tidak semua barang pengguna dikenakan GST tetapi kenaikan harga bagi barangan dan perkhidmatan tertentu turut memberi kesan.

Nasib kita rakyat jelata. Semoga ahli yang dapat kenaikan gaji dapatlah menyumbang sesuatu untuk kebaikan rakyat dan negara, bukan untuk keluarga sendiri.


Kenaikan harga sekeping roti turut memberi kesan.

Siapapun kita hidup mesti diteruskan untuk keluarga bangsa dan negara. Paling penting untuk mendapat keredhaan dariNya dan keberkatan dalam hidup di sini dan di sana.

posted from Bloggeroid

Selepas 10 hari GST dilaksanakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selepas 10 hari GST dilaksanakan


Antara mahu atau tidak, kita semakin serasi dengan apa yang berlaku.
Namun sudah pasti jauh di sudut hati sanubari kita mengharapkan sistem yang dilaksanakan ini tidak membebankan kita dan anak cucu kita.

Jom selfie



Tidak pandai nak ulas panjang lebar.
GST atau tidak... blog tetap diteruskan.
Jom #selfie
#GST
posted from Bloggeroid

Carian