Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Hadis Nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis Nabi. Papar semua catatan

01 September 2010

Ada apa dengan tangan kiri?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan... Salam Merdeka jua untuk semua...

sekadar perkongsian maklumat
"Janganlah kalian makan dengan tangan kiri sebab setan itu makan dengan tangan kiri".
(HR Muslim)

25 Ogos 2010

mengapa zalim kepada diri sendiri

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

Zalim... satu perkataan yang memberi erti yang mungkin mendalam dalam hidup kita seharian.  Bila bercakap tentang zalim... tak lari dari macam-macam perbuatan kejam sama ada atas diri sendiri atau orang lain.

Mengapa zalim @ kejam kepada orang lain?  Tak ingatkah kita suatu masa kezaliman itu akan dibalas juga... mungkin bukan sekarang atau bukan orang yang sama tetapi orang lain, atau juga 'benda' lain dan lebih zalim lagi kezaliman itu datang dari diri sendiri...

Ha?... ya zalim dengan diri sendiri... mengapa pulak?  Contoh jer la erkkk... mangsa mercun... kekadang bukan orang lain punya pasal... tetapi diri sendiri... dah beberapa kali diingatkan, degil jugak nak main mercun... heee ... apa lah yang aye bebel nih hah...macam nih kalau dah main mercun luka dan mencederakan diri sendiri, bukan zalim pada diri sendiri tu namanya... dah nasib kan... lu pikir lah dan kalau kita yang main mercun terkena pada orang lain hingga cedera dan sengsara tu la namanya zalim pada orang...

dah la tak nak bebel panjang2... bacalah maksud petikan hadis kat bawah ni berkenaan zalim.

Untuk ingatan kepada diri sendiri juga...

"Waspadalah terhadap perbuatan kezaliman karena kezaliman adalah kegelapan di hari kiamat. Jauhilah kekikiran karena kekikiran telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, mengantarkan mereka kepada pertumpahan darah di antara mereka dan menghalalkan segala cara".



(HR Muslim)

24 Ogos 2010

siapa yang berlagak dan sombong

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

saja nak sembang-sembang jap
heeheh.. kita tentunya biasa jumpa orang yang sombong
tapi betul ke sombong
macam sesetengah artis atau sesetengah kawan2 kita...
dia akan cakap... saya tak sombong... hanya orang yang kenal jer yang tahu
kalo difikirkan balik... mungkin juga betulkan...
yer lah tak semua orang tu peramah...
kerana dia tak pandai bercakap atau kerana dia dalam 'moody'... dah dicop sebagai sombong atau berlagak.
mintak-minta tu kita tidak terdiri dari golong yang dibenci oleh Nabi S.A.W.

maksud hadis untuk ingatan diri sendiri:-

Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong, yang berlagak dalam berbicara, dan orang-orang yang sombong.

(HR Tirmidzi)

11 Ogos 2010

5 Perkara

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Bagimana hari ini...
untuk tidak memberatkan fikiran dan minda
layan je ...

Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yaitu masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati


(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

13 Mei 2010

Tujuan utama


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh pembaca budiman.
Sabda Rasulullah saw : "Sesiapa yang akhirat ini tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam hatinya.  Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dgn hina (iaitu dlm keadaan dirinya mulia).  Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kekafirannya antara kedua matanya.  Allah cerai-beraikan urusannya dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dlm keadaan hina)"
riwayat al-Tirmizi dinilai hasan oleh al-Albani