Pageviews

Memaparkan catatan dengan label 1Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1Malaysia. Papar semua catatan

12 Februari 2011

Di mana letaknya Setia

Selamat Sejahtera buat 1Malaysia,


Dengan gigihnya dipersembahkan lirik lagu "Setia" untuk dihayati dan diamati bersama... tak kisahlah lagu propaganda ke apa ker... yang penting ia mengingatkan kita untuk setia kepada negara kita yang tercinta ini, itulah Malaysia.


Demi negara yang tercinta

Dicurahkan bakti penuh setia

Demi raja yang disanjung tinggi

Kesetiaan tak berbelah bagi



Kepada pemimpin kepada rakyat

Khidmat diberi penuh taat

Sama bekerja sama berusaha

Setia berkhidmat untuk semua



Rela berkorban apa saja

Amanah bangsa tetap dijaga

Kami berikrar penuh setia

Untuk agama bangsa dan negara

09 November 2010

Hari Berjalan Sedunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat 1Dunia dan 1Malaysia juga,

Hari Berjalan (kaki) Sedunia @ The World Walking Day, adalah satu perayaan untuk meraikan satu pergerakan mudah yang kita lakukan hampir setiap masa dan setiap hari.  Berjalan kaki mampu membakar kalori, menguatkan otot, membentuk badan dan membantu membebaskan tekanan di minda.  banyak lagi faedah yang bakal diperolehi daripada perkara mudah itu hanya jika anda suka berjalan kaki. 

Ketahuilah bahawa Nestle Malaysia akan menganjurkan The World Walking Day pada 21 November 2010, mulai jam 6.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di kawasan berhampiran anda... Dimana? 

Berikut adalah tempatnya:















1.  Kuala Lumpur: Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa

2.  Penang: Polo Ground, Jalan Sepoy Line

3.  Kuantan: Padang MPK 1

4.  Johor Bahru: Taman Sri Stulang

5.  Penampang: Sports Complex Stadium

6.  Kuching: Waterfront


Ingat!!! Tarikh Sama Masa Sama
Untuk gambaran dan maklumat lebih jelas sila klik kat twitter dan juga di laman web Nestle

p/s:  catatan khidmat masyarakat untuk Twitter dan Nestle dari yangbaik.blogspot.com
 
Sekian, selamat berjalan kaki... kalau aye ada peluang nak juga ke sana .... mana tak wehh masuk PERCUMA, dapat T-Shirt dan breakfast lagi... kalau Nestle yang sediakan breakfast... memang tak pernah tewas punya ...
 

30 September 2010

Rumah 1Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

nak cerita panjang dah tak kuasa (idea dah kering)
nak tumpang cerita tentang Pertandingan Rekabentuk Rumah 1Malaysia
pertandingan ini terbuka kepada seluruh pelajar IPT

(gambarnyer blurrr skit... kalau nak jelas terus jer ke laman web pertandingan, lebih jelas lagi)

(alamat laman web rasmi pertandingan:  http://www.1malaysiahousedesign.co.cc/)

kepada adik-adik yang berminat (ewah-ewah...akak ni memang tak pandai bab merekabentuk rumah, belum dan tak pernah belajar architecture... kalau setakat paku memaku kat rumah tu boleh ler..) boleh le cuba asah bakat tu sekarang... tarikh tutup dah hampir dekat (15 Oktober 2010).

sekian adanya...