Pengikut Setia

31 Julai 2012

Antara Sabar dan Syukur

As salam,




sekadar hiasan
 

 
Iman itu ada dua bagian. Sebagiannya adalah sabar dan sebagian yang lain adalah syukur. Hal ini seperti disebutkan oleh Allah Subhaanahu Wata'ala dalam firman-Nya: Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi setiap orang yang penyabar dan banyak bersyukur. (QS. Ibrahim: 5)
(Sahl bin Abdillah at-Tustari)

Tersilap Tengok Jam

As salam



Jangan dibuat bulan puasa ni tersilap tengok jam. 
Tersilap tengok jam waktu sahur, silap-silap lewat lah bersahur
Tersilap tengok jam berbuka ter awal lah pulak berbuka puasa
Berhati-hati bukan sahaja di jalan raya tetapi juga ketika melihat jam

Awal lah pulak sampai ofis hari ni....
Ofis kata salah tengok jam... hehehe
bukan lah... baru beli jam dinding dari IKEA....

cantik tak?


"suka duka pentas dunia"

Cabaran Menghias Rumah

As salam,


Ini bukan rumah @yangbaik tetapi rumah contoh di MRCB di Puncak Iskandar; Banglo Areca adalah pilihan untuk membuat kolam renang atau tidak di tepi rumah yang bersambung terus dalam rumah.


andaikata inilah rumah @yangbaik memang sungguh mencabar untuk menghiasnya.  Manakan tidak dengan tiga orang pengikut cilik yang tegar sentiasa 'membantu' dalam setiap tugasan menghias.  Kita hias di sini mereka hias di sana.  Rumah sekarang ni.... dindingnya dah jadi mural tak cukup dengan kertas A4 1 rim yang dibeli setiap bulan untuk mengasah bakat seni, habis dinding rumah pulak silap-silap beg dan baju pun jadi sasaran.   alahai.

Andai kata nak menghias rumah, kena tunggu lagi....


inilah Pembantu Setia yang sering membantu dalam mengemas rumah.... hahahah peace!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap hamba memiliki Tuhan yang pasti akan ia jumpai dan rumah yang kelak akan dia tempati. Maka hendaklah ia menjadikan Tuhannya ridha kepadanya sebelum ia menjumpai-Nya dan menghiasi rumahnya dengan baik sebelum ia pindah ke sana dan menempatinya.


(Seorang ahli hikmah)
 
 
 
"suka duka pentas dunia'

30 Julai 2012

Bukan satu bahkan dua

As salam,


Bukan satu tapi dua catatan
tadi asalnya satu catatan saja untuk hari ini
tetapi sekarang dah jadi dua sebab adanya catatan ini
cuma yang satu tetap tak berubah sebab catatan ini tak tahu nak cerita apa
sekadat nak khabarkan catatan ini catatan ke dua untuk hari ini.
boleh?

catatan hari ini tiada kaitan dengan menu berbuka puasa
sebab menu buka puasa hari ini sekadar nasi putih dan ayam goreng serta sup daging semalam yang dipanaskan semula, makan bersama kurma dan air tebu pemberian jiran sebelah rumah (terima kasih).

"suka duka pentas dunia"

Antara kecil dan besar

As salam,




gambar hiasan



Janganlah seorang muslim merendahkan muslim lainnya! Karena sekecil-kecilnya seorang muslim, di sisi Allah adalah besar.

(Khalifah Abu Bakar ash-Shiddiq)
 
 
'suka duka pentas dunia'
 
.

29 Julai 2012

Menu berbuka: Pengat pisang nangka berganda abang belanja

As salam,


Menu lagi!  Sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa hari ini, @yangbaik ambil kesempatan untuk mencatatkan satu lagi menu berbuka puasa.  Mengapa abang belanja?  Ha... sebabnya hari ni pengat pisang nangka ini disediakan oleh encik abang.  Menu nya memang dia yang buat.  @yangbaik hanya tolong potong buah nangka sahaja. Selebihnya encik abang yang sediakan mula dengan ambil daun pandan hinggalah masukkan santan dan gula.  Memang dari pagi tadi encik abang mengidam nak makan pengat pisang.  Asalnya nak cari pisang tanduk tapi tak jumpa yang jumpa cuma pisang nangka jer.

Pisang nangka pun boleh juga bercampur dengan nangka pula tu sebab jadi berganda nangkanye.... hehehe.  Jom lah kita tengok resepi pulak.... itupun kalau sudi ... kalau tidak tengok gambar jer lah.


Bahan:
1 mangkuk buah nangka dipotong kecil
3 biji pisang nangka dipotong melintang
1 kotak santan segera
1/2 tin susu cair
1 cawan gula (secukup rasa)
air secukupnya
secubit garam
2 helai daun pandan

Cara membuat:
1.  Campurkan pisang dan nangka di dalam satu periuk, masukkan santan dan sedikit air.  Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih.
2.  Masukkan susu cair, gula, garam dan daun pandan (diikat), Kacau sehingga rata dan tunggu sehingga mendidih.
3.  Sedia untuk diangkat dan hidangkan.

Sekian,selamat mencuba.



"Suka duka pentas dunia"


(@-@)
.




Menggoda lah sangat

As salam,



Bulan Puasa ni anak-anak pun pandai demand yang macam-macam, dah lah pagi tadi tak bangun sahur tiba-tiba minta itu ini.  Buat alasan kononnya tak bangun sahur.  Sabar jer lah...

Opps ... jap sat lagi sambung cerita lain pulak... nak masak untuk buka puasa.  Nak tahu menu buka puasa petang ni?   Tunggu malam karang tak pun sat lagi sejenak sebelum berbuka andai sempat online... boleh ler cerita sikit.




'suka duka pentas dunia'


.

Catatan ke-41 di bulan Ramadan: Ceritera Ramadan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Hari ini dah mencecah hari ke-9 Ramadan dan catatan ini merupakan catatan ke-41 bagi bulan Julai 2012.  Dah tak tahu pulak nak rekod apa kat sini semalam penuh dengan monolog dan macam-macam cerita.  Silap pulak sepatutnya simpan separuh untuk hari ini. 




Begitulah kehidupuan 'suka duka pentas dunia' dah tak ada idea nak menulis juga kan buang masa jer.  Okey lah hari ini cadangnya nak roaming jer lah... baca entry blog yang menarik perhatian. Nak tulis panjang-panjang notebook ni asyik hang pulak... dah 'clean' folder pun masih lagi sama.


'suka duka pentas dunia'



Hakikat kesenangan

As salam,



gambar hiasan



Dunia adalah kesenangan yang (akan) segera ditinggalkan. Demi Allah yang tiada Ilah (sesembahan) yang berhak disembah selain Dia, tak lama lagi (dunia ini) akan hancur bersama penduduknya. Maka ambillah dari kesenangan dunia untuk mentaati Allah semampu Anda! Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dari Allah.

(Qatadah (salah seorang murid Ibnu Mas'ud ))
 
 
'suka duka pentas dunia'

28 Julai 2012

Kerisi goreng bersos tomato

As salam,



Bila bercakap mengenai resepi dan menu makan memang tak kan habis.  Ada saja yang nak diceritakan walaupun masakannya ringkas dan mudah.  Namun tidak semua kita berkesempatan dan berpeluang memasak makanan yang ringkas seringkas ikan kerisi goreng bersos tomato.

Bagi @yangbaik hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja berpeluang sepenuhnya untuk memasak istimewa sikit bagi berbuka puasa dan bersahur untuk keluarga.  Pada hari bekerja, kebiasaannya lauk ringkas dan kueh pun tengok mood kalau rasa nak beli beli yang manis sikit kalau tak makan jer apa yang ada nasi dan lauk pun sudah cukup dan disulam dengan 'air hijau' atau sirap buatan sendiri.  Senang jer. 
Berbalik kepada tajuk cerita, di sini diperturunkan resepi untuk dikongsikan bersama iaitu menu berbuka puasa hari ini dan mungkin juga akan sampai sahur pagi esok.

Bahan-bahan
4 ekor ikan kerisi di goreng
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili merah - hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris
1 tangkai daun sup - hiris
minyak untuk menumis
sedikit garam
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
1/2 cawan air

Cara membuat:
1.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan, masukkan sos tomato dan sos cili gaul rata.
2.  Masukkan 1/2 cawan air dan garam biar hingga mendidih.
3.  Masukkan ikan cili merah dan bawang besar diikuti dengan ikan kerisi, gaul hingga rata dan angkat untuk dihidangkan.
4.  Tabur hirisan daun sup dan daun bawang.  Siap

Mudah saja.  Selamat mencuba!


"suka duka pentas dunia"

*-*

Mana hilangnya

As salam,



Mana hilangnya seri wajah
hanya kerana juwita lebih jelita
atau kerana hilangnya aura seri
ambillah wuduk solatlah
kata ulama' seri wajah ada pada wuduk

mana hilangnya sabar
hanya kerana kesakitan atau kemarahan
sabar hilang melayang tidak bertali
kata ulama' ambillah wuduk sebagai ubat

mana hilangnya sayang
hanya kerana juwita tersalah jalan
bukan kerana tersalah pilih laluan
tetapi malang menimpa
hingga hilangnya pertimbangan
lalu... hilangnya sayang
kenanglah masa bahagia mu walau seketika
itu semua cukup pengubat sayang
semoga sayang kembali bertamu
bermukim di sudut sanubari
secebis rindu pengubat lara

Mana hilangnya simpati
hanya kerana kesilapan secebis cuba
hujan sehari hilang jejak setahun
pulih semula ingatan yang hilang
ambil iktibar dari pengalaman
tiada yang kekal tiada yang abadi
kelak semua akan ke sana
simpati bukan kerana benci
simpati tersimpan di lubuk hati
galilah ia secekal juwita
cabaran mendatang tak siapa menduga.



langit tidak selalu cerah
mendung tiba membawa cerita
sang hujan bakal tiba membasahkan bumi
untuk seketika biarkan mendung itu
kerna langit tidak selalunya cerah

bersabar walau seketika
lebih bererti dari murka


"suka duka pentas dunia"

^-^

.


Cabaran membeli kueh raya 2012

As salam,


Jika tidak silap ingatan, 2 atau 3 minggu sebelum menjelang Ramadan, kita telah disajikan dengan pelbagai jenis kueh raya.  Ada yang sediakan sample untuk dibuat pilihan dan ada juga sekadar bualan.  Memang tercabar untuk membuat pilihan ini adalah kerana rasa kueh raya memang semuanya sedap dan manis-manis belaka.  Awas!

Tidak kurang juga kueh tradisional.  Memang menjadi persaingan antara kueh moden dan tradisional.  Bagi sesetengah orang 'retro' sudah tentu kueh tradisional menjadi pilihan.

??????

Apa lagi yang nak ditulis bila notebook ini asyik hang jer.  Hilang lenyap idea sekejap.

Subjektif bukan menu harian

As salam


gambar ini memang subjektif kerana ia diambil dari promo AVIRA yang akan muncul setiap kali bila notebook ini di 'on


Gambar di atas langsung tidak memberi gambaran mengenai jalan cerita ini.

Cerita ini bermula apabila subjektif telah tertinggal handphone  di rumah secara tidak sengaja pada hari bekerja.  Pesanan telah ditinggalkan kepada Predikat mengenai perkara yang yang terjadi.  Harapan subjektif adalah predikat tidak akan naik angin hanya kerana kesilapan yan tidak disengajakannya itu.

Predikat sebenarnya telah mengetahui akan kejadian yang berlaku.  Tetapi entah di mana silapnya kerana gangguan sekeliling yang tiba secara tidak disangka.  Semuanya menjadi subjektif.

Diringkaskan cerita haruskah subjektif berdukacita atas kejadian yang menimpa atau membiarkan saja peristiwa itu berlalu pergi meninggalkan sejarah.


Atau,
andai ianya semuanya subjektif
mengapa pula predikat
adakah predikat tidak akan menjadi subjektif


Semuanya subjektif
Subjektif adalah subjektif
Predikat tetap predikat


"suka duka pentas dunia"


(6-6)
~

26 Julai 2012

Dua kemenangan

As salam,





Kemenangan yang dimaksud dalam hadits ini mencakup kemenangan dalam dua bentuk jihad, yaitu jihad melawan musuh yang nyata (orang-orang kafir) dan jihad melawan musuh yang tersembunyi (setan dan hawa nafsu). Barangsiapa bersabar dalam menghadapi kedua musuh tersebut, maka ia akan mendapat pertolongan dan kemenangan atas musuh-musuhnya. Barangsiapa tidak sabar menghadapinya dan banyak mengeluh, niscaya ia akan kalah dan menjadi tawanan musuhnya atau menjadi korbannya.

(Ibnul Mubarak ketika mengomentari sabda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam: Sesungguhnya kemenangan itu turun bersama kesabaran.)

25 Julai 2012

Bebaskan sungai kehidupan

As salam,




Ini bukan kisah pungguk merindukan bulan
bukan juga kisah lagu purnama merindu

ini adalah kisah kehidupan
kisah suka duka kehidupan

mengapa pula notebook ni suka sangat 'hang'
mengganggu konsentrasi menulis lantas menghilangkan idea
tentang monolog sebuah kehidupan
batas kehidupan dan perjuangan kebebasan hak

sesekali hidup ini umpama aliran sungai
ada pasang surut ada laluan berliku
namun disitu ada kebebasan tersembunyi
bebas untuk bergerak dalam satu laluan
mana bisa air sungai mampu menongkah tebing
lalu membiarkan ia kekeringan sendiri
bebasnya air sungai ia mampu bergerak sendiri di laluannya tanpa gangguan
gangguan itu sesekali menyekat kebebasan
gangguan yang bagaimana?

ya banyak benar rintangan dan halangan di hadapan
biarpun tadi laluannya lurus
namun kini ia berliku
dihadapannya penuh sampah sarap
dilaluannya penuh semak samun
sepanjang laluan itu ia terhenti seketika bila ada aral melintang
jadi
bagaimana harus ia bebaskan dirinya
mampukah ia sampai laut lepas
atau sekadar tersekat di sini
atau bisa juga ia kekeringan di sana
di laluan yang penuh lumpur batu

begitu rupanya lumrah kehidupan
kebebasan kita hanya untuk diri kita
di seputar kehidupan kita






bisakah sungai itu sampai di sini merenung keindahan sang bulan purnama





'suka duka pentas dunia'

.

23 Julai 2012

Tadarus al-Quran bermula

As salam


Hari ini hari pertama berkerja di bulan Ramadan.  Secara tidak langsung hari ini juga merupakan hari tadarus al-Quran yang pertama di tempat kerja.

Kepada semua selamat bertadarus. 

Semoga amalan murni seperti ini dapat diteruskan untuk bulan-bulan berikutnya.





'suka duka pentas dunia'

.

Tujuan masuk ke perut

As salam





Siapa yang tujuannya hanyalah apa yang akan masuk ke dalam perutnya, maka nilainya tidak lebih dari apa yang keluar dari perutnya.

(Imam asy-Syafi'i)

22 Julai 2012

Menu Berbuka Puasa Hari ini

As salam,


Sup Kepala Ikan Siakap

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri

Selingan jer tu.  Tentu kita dah biasa dengar pantun dua kerat seperti di atas.  Terutama zaman kanak-kanak dulu.  Tetapi sejauh mana anak-anak zaman sekarang memahaminya entahlah.  Manakan tidak, anak-anak @yangbaik sendiri pun tak pernah didendangkan dengan pantun tu.  Bila cakap mesti 'direct to the point' tiada kiasan atau pantun pantun bagai lagi.  Begitu juga dengan anak-anak muda zaman sekarang, bila bercakap tak boleh berkias nanti diadunya kepada pihak pengurusan katanya kita permainkan mereka.  Kan ke naya... Cakap biar terang!!

Eh, melalut pulak.  Sebenarnya kan... percaya atau tidak @yangbaik baru saja lepas masak sup kepala ikan siakap.  Sebelum dicedok masuk dalam pinggan cepat-cepat masuk dalam gambar dulu.  Kepala ikan tu 'seketul' jer.  Nanti kita tengok siapa yang nak berebut.  Sup macam ni sedap dimakan dengan sambal belacan.. buat cair sikit ala-ala kuah asam... ha....

Nak buat sup ni senang jer, tak sampai 30 minit, tetapi disebabkan nak buat kerja lain pulak.  Cepat2 masak.  Sesapa yang sempat salin resepi ni sat lagi jam 7.00 malam pun sempat lagi nak masak janji bahannnya cukup kat dapur.

Bahan:
1  ketul kepala ikan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 bili cili merah untuk hiasan
sedikit jintan manis, kulit kayu manis, bunga cengkih
sekeping asam keping
garam
1 gelas air

Cara membuat:
1.  Bersihkan kepala ikan.
2.  Bawang merah, putih, cili merah dan halia dihiris nipis
3.  Panaskan minyak,tumis bawang bersama halia, jintan, kulit kayu manis dan bunga cengkih
4.  Setelah naik bau, masukkan segelas air atau secukupnya.  Masukkan kepala ikan, asam keping dan cili merah diikuti dengan garam.
5.  Biarkan hingga mendidih.  Angkat dan hidangkan.


Selamat mencuba.

Lihat menu lain:  Menu 1,   Menu 2


'suka duka pentas dunia'

Hari Ramadan ke-2

As salam,










Hari ini, hari ke-2 Ramadan.  Semoga dikurniakan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang berikutnya.

20 Julai 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

As salam,


BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H




BEN ASHAARI


Dah agak lama tak join segmen.  Biarlah mereka nak kata apa kan... blog kita suka kita lah...hehehe

Ben Ashaari ajak join segmen RAKAN BLOGGER RAMADHAN 2012.  Sebenarnya ia hanyalah tawaran kepada blogger yang berminat untuk menyertai segmen ini bukan paksaan atau tidak pula diajak secara langsung. 

Sebelum terlupa, sebagai panduan untuk menyertai segmen ini, berikut adalah syarat-syarat penting yang mesti dipatuhi:

Paling penting sekali, mengapa anda patut pilih blog @yangbaik adalah kerana blog ini biarpun sekadar blog picisan ia juga merupakan blog yang turut berkongsi pengalaman mengenai suka dan duka kehidupan sekeliling anda bukan sahaja berkaitan puasa di bulan Ramadan tetapi apa juga yang berlaku seputar Ramadan.

Boleh la yer?

Bahagian penting ! - Pesanan daripada Ben Ashaari :-

Sediakan satu bloglist yg baru bertajuk RAKAN BLOGGER RAMADHAN 2012
Sila pilih blog-blog yang korang minat untuk bertukar tukar link.. Masuk ke blog mereka , kemudian tinggalkan pertanyaan di ruang komen tersebut , dengan ayat yang bertulis begini ..

“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

Dan jika blogger tersebut bersetuju , maka sila balas kembali lawatan ke blog mereka dan tinggalkan komen di entri segmen ini dengan ayat ..

“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “

Selesai perjanjian , maka masukkan link blog masing masing ke dalam bloglist tersebut dalam tempoh 24 jam. Selepas 24 jam , kembali pastikan link anda dah dimasukkan . Jika tiada , sila kembali tanya pada blogger tersebut. Jika tiada respon, remove link dia ! Senang citer .. Tak yah gaduh gaduh .. ok ?


Setiap bloglist boleh memuatkan lebih 200 blog. Maka pandai pandai la pilih yer ..
Bloglist yg dah diwujudkan itu akan kekal sehingga hujung RAMADHAN 2012 dan selepas tamat tempoh perjanjian , secara automatik blogger ada hak untuk hapuskan bloglist tersebut berdasarkan persetujuan di segmen ini . Cam lawyer lak aku… hehe..


Pertukaran link blog ini adalah salah satu usaha untuk menambahkan dan menukar pembaca di kalangan blogger sendiri. Ini bukanlah satu segmen utk tarik trafik atau untuk jadi popular .


Dengan cara ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat blogging .. InsyaAllah ..
Aku sekadar membantu .. Bloglist aku ? Padat dah.. ni pon berat dah pon masa loading..
Tamat segmen ini , jam 11.59 malam , 20/7/2012 . Tiada penyenaraian list dibuat . Geledah je kat ruangan komen ni yer ..


Terima kasih




'suka duka pentas dunia'

Bufet Ramadhan & Sahur Di Hotel UiTM Shah Alam

As salam,



Hari ini adalah hari melihat anak bulan Ramadan.  Maka malam nanti akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan tarikh mula 1 Ramadan.

Sementara itu, layan dulu antara menu Ramadan bagi tahun 2012 yang di sediakan oleh Hotel UiTM




Hotel UiTM Shah Alam

Bufet Ramadhan - Sri Impian

Bermula 23 Julai hingga 16 Ogos 2012 ,
6.00 petang hingga 9.00 malam

RM 45 (Dewasa) | RM 19 (Kanak-Kanak)* 4-10 tahun

 
&


Bufet Sahur - Anggerik Terrace Coffee House

 
22 Julai hingga 16 Ogos 2012 , 12.00 tengah malam hingga 4.00 pagi

RM 18 (Dewasa & Kanak-Kanak) * 4-10 tahun



***



Istimewa



*10% untuk 10 tempahan awal beserta bayaran penuh bermula 23 hingga 27 Julai 2012

*Diskaun 10% untuk kakitangan UiTM

*Diskaun 50% untuk warga emas

*Diskaun 10% untuk pelajar IPTA/IPTS

*Ruang solat disediakan

* Kaunter zakat

* Persembahan artis







Untuk tempahan hubungi :

03-55192069/75/76/78 sambungan 310 atau

email : hoteluitmshahalam@gmail.com

19 Julai 2012

Minggu ke-24 dan keputusan MGTT

As salam,


sumber:  babycenter

Hari ini Khamis kena buat pemeriksaan lagi.  Kandungan telah mencecah 24 minggu, sedar tak sedar jer.  Ini bermakna kandungan sekarang berada dalam mingu-minggu terakhir dalam fasa ke-2 dari 3 fasa. 

Berikut adalah catatan yang dipetik dari babycenter mengenai perkembangan fetus bagi minggu ke-24:

Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.


Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minggu lepas (hari Rabu) minum air gula (segelas) untuk mengesan kalau-kalau ada kencing manis.  Memang manis sungguh dengar cerita ada kawan kita sampai muntah-muntah selepas minum air gula, sudahnya minggu ni kena ulang lagi.  Mana tak muntahnya perut kosong tiba-tiba diisi dengan air gula yang agak banyak. Alhamdulillah @yangbaik tak sampai jadi macam tu. 
 
Dan, hari ini dapat keputusannya agak baik sebelum 4.7 dan selepas 6.6.  Tapi harus ingat seminggu selepas raya perlu ulang semula proses ini.  Kata Doktor 'Ayu' kena buat sampai 3 kali.  Eeeee... rasanya tak perlu la kot eakk.  Elok-elok takder kencing manis ni, biarlah sampai ke sudah.
 
2 minggu lagi nak scan pulak...
 
hari ini juga kerana lewat makan gastrik datang menyerang semula.... aduhhhhh
 
 
'suka duka pentas dunia' 

18 Julai 2012

Antara Kesilapan di Bulan Ramadan

As salam,


Insya Allah hari Sabtu atau hari Ahad ini umat Islam akan menyambut Ramadan al-Mubarak.  Sementara itu sudi kiranya yangbaik kongsikan di sini beberapa kesilapan yang mungkin dilakukan pada bulan Ramadan. 

Antara kesilapan berkenaan adalah:

1.  Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2.  Makan Sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

3.  Bersahur hanya dengan makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.

4.  Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

5.  Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

6.  Menunaikan solat Terawih di Masjid dengan niat hendak meriah.

7.  Bermalasan dan tidak proakti dengan kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

8.  Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

9.  Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

10.  Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

11.  Tidak memperbanyakkan doa semasa berpuasa dan berbuka.

12.  Memasuki Ramadan dengan keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.


Terima kasih kepada ustaz Zaharuddin.  Catatan kesilapan ini dipetik dari sini.





'suka duka pentas dunia'

Mengenai Buku Menangani Individu Sukar

As salam,

inilah hasil 'tangkapan' bersama anak-anak di rumah.  sibuk umi nak pose sibuk jugalah tangannya nak mengubah kedudukan buku.  Memang sengaja letak gambar yang kelabu dan 'blurr' kerana sudah pasti gambar buku yang terang boleh diperolehi dari laman blog buku2-mustread.blogspot.com.

Menangani Individu Sukar hasil karya Nordin Jaafar.  Adakah ia bermakna orang lain menyukarkan kehidupan atau tugas kita atau kita sendiri yang menyukarkan keadaan?  Terpulang kepada pentafsiran masing-masing.  Yangbaik akan cuba bincangkan kefahaman mengenai isi kandungan buku ini setelah selesai membacanya.

Sekali imbas, hampir-hampir juga buku ini tidak jadi digenggam kerana kelibat penjualnya tidak kelihatan sedangkan masa rehat sudah hampir tamat.  Namun kerana kekuatan semangat dan hikmah yang tersembunyi tanpa rasa segan siapa yang melintas di gerai berkenaan ditegur.  Dan... tiba masanya ditegur pada orang yang betul... Rezeki dia kerana saya beli buku ini dan rezeki yangbaik dapat memiliki buku ini.



'suka duka pentas dunia'

Sedetik lebih menjelang Ramadan

As salam,





Apa yang kita fikir

Apa yang kita rasa (perasaan ke perasan?)

Apa yang kita kata

Apa yang kita buat

Itu semua DOA

Dan...kesimpulannya adalah:

Fikirkan yang baik-baik elakkan berfikiran negatif biarpun perit... ingat tu

Cuba selami dan rasai apa yang orang lain rasa sebelum kita buat sesuatu

Berkatalah yang baik-baik dan elok-elok walapun nampak yang tidak elok kerana disebalik yang kita nampak tidak sama dengan apa yang sebenarnya terjadi...

Mulakan pekerjaan dengan tangan kanan dan niatkan untuk kebaikan  semua orang termasuk diri sendiri

Semoga apa yang kita fikir, rasa, kata dan lakukan itu mendatangkan kebaikan kepada diri kita sendiri dan orang yang ada di sekeliling kita.


p/s:  gambar atas tu sekadar hiasan

'suka duka pentas dunia'


17 Julai 2012

Rembatan menjelang Ramadan


As salam,


Antara rembatan 2 buah buku berjudul Menangani Individu Sukar dan Jangan Bersedih: Kebahagiaan Pasti Bersamamu serta 2 pasang kain ‘English Cotton’



Hari ini, tengahari tadi diberi kegigihan untuk menuruni lembah dan meniti laluan dari pejabat ke Karnival Keusahawanan 1UiTM 1Malaysia dan juga ke PC & Book Fair. Sebenarnya karnival telah berlangsung mulai 15 Julai dan dijangka berakhir pada 18 Julai 2012. Dah hari ketiga baru dapat peluang. Itupun masa rehat tengahari.



Sebenarnya banyak lagi yang sempat dirembat tetapi makanan la, so tak sempat nak masukkan dalam gambar sebabnya dah habissss



‘suka duka pentas dunia’

16 Julai 2012

Abang besar dan hobi

As salam

Inilah rupa 'Big Brother' atau abang besar atau abang long.  Tetapi tidak pernah disebut namanya abang long.  Katanya abang long kan dah ada di rumah pak long.  Buat apa abang long ramai-ramai.


Hobi abang besar adalah melukis.  Bermacam-macam lukisan telah dihasilkan.  Berikut adalah antara hasil lukisan abang besar.

lukisan di awal usia


lukisan kebelakangan ini... tahun lepas barangkali


opss.  ini adalah antara sukan kegemaran abang besar ketika petang.. badminton



'suka duka pentas dunia'

15 Julai 2012

Beberapa hari sebelum Ramadan

As salam,




Petang ini, beberapa hari lagi menjelang Ramadan lebih kurang 5 atau 6 hari lagi.  Langit Petang di Seri Iskandar diiringi hujan lebat, angin tidak berapa kuat seperti minggu-minggu yang lepas tetapi hujan ini turun dengan tiba-tiba.

Kesian pada anak-anak tak puas bermain di halaman.  Tetapi elok juga cepat sikit mereka masuk rumah tak perlu jerit-jerit tunggu senja baru nak balik.  Sekarang biar mereka menjerit dalam rumah pula.



Oleh kerana rumah ini tidaklah besar sangat, jadi bagi lah budak-budak 2 beradik ni main blon jer... lambung-lambung, tapi kita tengok sampai mana belon tu mampu bertahan.




Dapat makan mee pun sedap juga... wah-wah berasap tu ... sabar yer sat lagi sejuk sikit boleh le makan.

Itulah serba sedikit kejadian petang Ahad yang kalut dengan anak-anak, belum lagi menjelang malam. 

'suka duka pentas dunia'

Bagaimana nak jadi popular

As salam


Banyak cara nak jadi popular.  Tak kiralah dengan cara halus atau cara kasar atau cara baik-baik.  Tapi jangan ikut cara @yangbaik.  Sebabnya tak pernah popular pun.  Syok sendiri jer.

Ada banyak tip sebenarnya nak jadi popular.  (Apa hal la pulak blogger yang tak popular nak bagi tip untuk jadi popular.... hehehe)

Antaranya - Popularkan blog anda

Cara nak popularkan blog tak susah.  Buat jer cerita sensasi terutama mengenai artis, boleh masuk segmen blogger dalam rancangan AWAL LAGI di TV9.  Hah... tak caya... percaya lah....

Bila blog dah popular secara tak langsung anda juga akan jadi popular

Sama macam bro Denaihati.com . Opss jangan salah tafsir pulak.  Ini bukan nak bodek tapi lebih kepada menyahut cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.  Dan... Denaihati tak adalah buat cerita sensasi tetapi lebih kepada memberi input dan ilmu yang baik-baik untuk menjadi blogger yang berjaya. 

Eh... kenapa tak der gambar eh...

perlu ker?

'suka duka pentas dunia'

Ingat ketika melakukan sesuatu

As salam,


Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada seorang hamba yang mau merenung sejenak ketika akan melakukan sesuatu, apabila ia melakukannya karena Allah ia pun maju dan bersegera mengamalkannya, tetapi apabila ia melakukannya karena selain Allah ia pun mundur dan tidak jadi melakukannya.

(Al-Hasan)

14 Julai 2012

Perak vs Sabah Dalam Perlawanan Akhir SUKMA 2012

As salam


Malam ini berlangsungnya perlawanan akhir antara pasukan Perak dan Sabah dalam Perlawanan Akhir acara sukan bolasepak Sukan Malaysia XV Pahang 2012.

Semoga Perak beroleh kemenangan dan dapat meningkatkan pungutan pingat Emas dan seterusnya menaikkan kedudukan negeri Perak dalam senarai.


Update:
Sabah 3
Perak 0

Pasrah !!!

Sekian.


Nak kemaskini Senarai Blog

As salam

Sudah agak lama juga senarai 'sahabat maya yangbaik' tidak dikemaskini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kemaskini senarai sahabat.

Ada sesiapa mempunyai cadangan? Huhuu... perasan jer macam ler ada ramai peminat.

:)

Keputusan

As salam

gambar hiasan

Buat keputusan atau mendapatkan keputusan yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah.  Kerana dengan keputusan yang dibuat boleh mempengaruhi seluruh kehidupan di sekeliling kita.

Situasi 1
Kita berkawan dan bersahabat dengan seseorang atau sesiapa sahaja yang boleh 'get along' dengan kita.  Walaupun ada ketika kawan atau sahabat itu tidaklah mempunyai pandangan yang sama dengan kita tetapi kita boleh saling menerima dan adaptasi apa saja perbezaan yang wujud.

Kawan kita seorang yang tegas dan berani dalam membuat keputusan.  Kita rasa kita adalah orang yang kuat semangat dan 'garang' rupanya kawan kita itu lebih sikit dari kita.  Dengan ketabahan dalam mengharungi kehidupan berkeluarga.  Kita rasa seperti kita ini kerdil pula biarpun dahulunya kita rasa sebaliknya.

Keputusan yang dibuat oleh kawan kita itu dirasakan seperti tidak sesuai tetapi dia berani.  Kita rasa seperti nak menegur tetapi tidak berani kerana kita tidak berada di tempatnya.  Nak memberi nasihatpun tidak pandai kerana kita bukanlah pakar.  Tetapi mungkin juga kita boleh berkongsi sesuatu agar dapat memberi sedikit ketenangan kepadanya.  Contoh dengan bertanya khabar anak-anak, berkongsi cerita mengenai hobi dan mengambil berat juga mengenai keluarganya.  Bukan bertujuan untuk menjaga tepi kain tetapi lebih kepada memberi sokongan moral (sedikit).

Situasi 2
Nak tambah apa sebenarnya?  Tiada cerita berkaitan untuk dicatatkan bagi situasi kedua.

(*-*)

~

Sarapan Ringkas

As salam

gambar hiasan

Pagi Sabtu ini Umi dan Ayah kena kerja.  So buat sarapan ringkas jer untuk anak-anak. 
Gambar sarapan dah capture tapi tak sempat nak upload letak gambar ambil dari internet ajer lah yer.

13 Julai 2012

Mencari silap atau salah strategi dalam Alexa Rank

As salam,


Mencari di mana silapnya strategi yang digunakan atau salah guna strategi.  Mana tidaknya secara senyap-senyap dalam separa sedar Rank Alexa tiba-tiba jatuh merudum.

Rank pada 16 Jun

Rank pada 13 Julai

Walahai, macam mana nie dalam masa tak sampai sebulan boleh jatuh merudum. 

Kejatuhan pada kali ini agak teruk walaupun tidak seteruk pada bulan Mei di mana pada bulan berkenaan yangbaik hilang mood nak update blog.  huwaaaa

Nampak macam terbantut jer ...

Cabaran SEO dan kaitannya dengan aktiviti harian

As salam


Perjalanan cabaran SEO masih jauh, namun sejak semalam badan dah rasa kurang selesa.  Hik3   sebenarnya tiada kaitan pun sebabnya badan yang tidak selesa kerana tidak cukup rehat.  Badan kurang selesa juga kerana masih banyak kerja yang tertunggak... sedihnya :(


 adakah iPad baru bakal jadi hadiah untuk Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati?

sehingga ke hari ini, hadiah yang ditawarkan adalah:
  1. 1st Prize - RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
  2. 2nd Prize - RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )
  3. 3rd Prize - RM200 cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
  4. 4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
  5. 6-7 Prize - RM50 Cash each
  6. 8-10 Prize - RM30 Cash
  7. 11-20 Prize - RM10 Cash 
  8. Entri Pilihan terbaik - RM100 Cash + iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
Sehingga itu peserta untuk cabaran SEO semakin bertambah dan semakin meriah!

Menantikan detik 31 Ogos 2012 memang mendebarkan.
 
 


Carian