Menu lagi! Sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa hari ini, @yangbaik ambil kesempatan untuk mencatatkan satu lagi menu berbuka puasa. Mengapa abang belanja? Ha... sebabnya hari ni pengat pisang nangka ini disediakan oleh encik abang. Menu nya memang dia yang buat. @yangbaik hanya tolong potong buah nangka sahaja. Selebihnya encik abang yang sediakan mula dengan ambil daun pandan hinggalah masukkan santan dan gula. Memang dari pagi tadi encik abang mengidam nak makan pengat pisang. Asalnya nak cari pisang tanduk tapi tak jumpa yang jumpa cuma pisang nangka jer.
Pisang nangka pun boleh juga bercampur dengan nangka pula tu sebab jadi berganda nangkanye.... hehehe. Jom lah kita tengok resepi pulak.... itupun kalau sudi ... kalau tidak tengok gambar jer lah.
Bahan:
1 mangkuk buah nangka dipotong kecil
3 biji pisang nangka dipotong melintang
1 kotak santan segera
1/2 tin susu cair
1 cawan gula (secukup rasa)
air secukupnya
secubit garam
2 helai daun pandan
Cara membuat:
1. Campurkan pisang dan nangka di dalam satu periuk, masukkan santan dan sedikit air. Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih.
2. Masukkan susu cair, gula, garam dan daun pandan (diikat), Kacau sehingga rata dan tunggu sehingga mendidih.
3. Sedia untuk diangkat dan hidangkan.
Sekian,selamat mencuba.
"Suka duka pentas dunia"
(@-@)
.
sedapnyeee pengat pisang. dni dok selera nak makan bubur kacang sejak ramadhan ni.. dah 3x pekena bubur kacang ijau. tak kena dengan selera dni.. hari ni pekena eskrim potong kacang merah lepas berbuka.. ado umphh. hihihhh
BalasPadam