Bila bercakap mengenai resepi dan menu makan memang tak kan habis. Ada saja yang nak diceritakan walaupun masakannya ringkas dan mudah. Namun tidak semua kita berkesempatan dan berpeluang memasak makanan yang ringkas seringkas ikan kerisi goreng bersos tomato.
Bagi @yangbaik hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja berpeluang sepenuhnya untuk memasak istimewa sikit bagi berbuka puasa dan bersahur untuk keluarga. Pada hari bekerja, kebiasaannya lauk ringkas dan kueh pun tengok mood kalau rasa nak beli beli yang manis sikit kalau tak makan jer apa yang ada nasi dan lauk pun sudah cukup dan disulam dengan 'air hijau' atau sirap buatan sendiri. Senang jer.
Berbalik kepada tajuk cerita, di sini diperturunkan resepi untuk dikongsikan bersama iaitu menu berbuka puasa hari ini dan mungkin juga akan sampai sahur pagi esok.
Bahan-bahan
4 ekor ikan kerisi di goreng
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili merah - hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris
1 tangkai daun sup - hiris
minyak untuk menumis
sedikit garam
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
1/2 cawan air
Cara membuat:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan, masukkan sos tomato dan sos cili gaul rata.
2. Masukkan 1/2 cawan air dan garam biar hingga mendidih.
3. Masukkan ikan cili merah dan bawang besar diikuti dengan ikan kerisi, gaul hingga rata dan angkat untuk dihidangkan.
4. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang. Siap
Mudah saja. Selamat mencuba!
"suka duka pentas dunia"
*-*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.