FOLLOWER

1 Ogos 2017

LAKARAN HIDUP DIBUMI TUHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


LAKARAN HIDUP DIBUMI TUHAN



Indahnya kehidupan yang kita lalui,
Diatur cerita yang kita sendiri belum pasti,
Diberi nafas untuk hidup rasa syukur di hati,
Diberi penglihatan untuk melihat keindahan alam semesta ciptaan ilahi,
Diberi pendengaran untuk kita rasai apa itu nikmat yang dimiliki,
Diberi percakapan untuk melafaz kata-kata yang suci.

Itulah dia lakaran hidup di bumi Tuhan,


Gambar Hiasan.  Kredit to @quotephotovideo 

Semua Allah berikan tanpa minta bayaran,
Semuanya itu patut kita rasa syukur tiada tandingan,
Bukalah mata seluas alam agar ketuk hati dengan rasa iman,

Itulah detik kau rasa indahnya hidup di bumi Tuhan.

Andai allah minta kita bayaran,
Tidak mampu kita berikan,
Walaupun dengan wang yang Dia rezekikan,
Itulah lumrah hidup di bumi Tuhan.

Wahai pemilik hatiku,
Bukalah mataku; melihat kebesaran-Mu,
Mensyukuri segala nikmat-Mu,
Langit tetap utuh walau tidak bertongkat; kerana-Mu,
Mentadabbur alam-Mu adalah keindahan yang diimpikan aku,
Tenang, bahagia, kuat bila Kau di sisiku.

Lumrah manusia itu lupa,
Indahnya bumi tidak ingat Syurga,
Maksiat dilakukan penuh suka,
Lupa; di sana pembalasan yang penuh duka.

Allahku,
Ingatkan aku agar tidak jauh daripada-Mu,
Gunakan nikmat hanya kerana-Mu,
Bumi dijadikan ladang tuaian hasil di Akhirat-Mu,
Ampunkan dosaku yang lalu,
Bawalah aku lebih mengenali-Mu,
Moga-moga Syurga adalah keindahan abadi milikku

.......
Sekali lagi, entri ini diciplak dari @quotephotovideo 

szi😌

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.