Jangan pentingkan diri bila berada di Surau
Kenapa tiba-tiba SZ buat tajuk cerita macam nie?
Sekadar berkongsi citarasa dan perasaan.
Bukanlah nak buka pekong di dada atau nak riak atau nak menjatuhkan maruah sesiapa.
Tetapi kita semua selaku umat Islam seringkali menggunakan Surau untuk menunaikan solat 5 kali sehari atau lebih dari itu (Solat Sunat).
Kenapa pilih Surau bukan Masjid?
Sebabnya dah nak buat tajuk begitu
Tak kisahlah dimanapun kita menunaikan rukun Islam yang ke-2 itu, asalkan kita tidak pentingkan diri.
Tahu... bukan sengaja
Kadang-kadang tidak sengaja
Terlupa off hp sehingga mengganggu jemaah yang lain
Tidak sengaja solat di tengah kerana Tidak sangka ada lain orang nak solat lagi
Kita sangka hanya kita yang terlewat.
Tidak sengaja juga tercakap kuat dalam surau
Kerana kita tidak perasan ada orang lain sedang solat
kita juga tidak nampak ada orang sedang mengaji
Kerana kita sangkat orang itu tidak mendengar perbualan kita
Sedangkan di dalam surau itu, suara semasa solat pun tidak boleh dikuatkan bimbang mengganggu orang lain yang sedang berehat. So?
Apakah kita yang mementingkan diri atau orang itu yang pentingkan dirinya.
Wallahu a'lam.
Bersyukurlah, Husnudzon dan Sabar.
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
Terima kasih. Sama-samalah kita Jangan pentingkan diri bila berada di Surau
szi😔
yuppp.. betul tu kak. kena hormat orang lain...
BalasPadamSetuju. kadang-kadang kita x tak sedar. mungkin kita pernah bercakap ketika orang sedang solat. sentiasa beringat.
BalasPadamBetul sangat. Kalau bawa anak kecil,lagilah kene beringat. Ada mata yang memerhati dan akan ikut apa yang kita buat.
BalasPadamBetul2.. sama-sama menjaga adab di surau..
BalasPadamperingatan yang sangat bagus..