FOLLOWER

28 Oktober 2015

Selagi hayat dikandung badan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selagi hayat dikandung badan


Pernah tak korang dengar lirik lagu yang berbunyi 'selagi hayat dikandung badan"?

Setiap kali ada sesuatu yang terlintas lirik lagu tersebut tergiang-giang di telinga.  Terutama bila badan rasa macam nak demam tetapi masih lagi ligat ke sana ke mari menyiapkan urusan.  Tak kiralah urusan rasmi di pejabat atau urusan penting di rumah.

Nak ceritalah sikit untuk rekod dan tatapan pada masa depan.  Sekarang ni keadaan kesihatan tidak berapa baik.  Tetapi tidaklah terusk sehingga perlu masuk wad atau berehat di rumah.  Masih lagi mampu bertahan dengan kudrat yang ada.  Jika diikutkan hati nak ambil cuti kecemasan atau cuti sakit tetapi rasanya tak berbaloi pulak.  Yer lah ... selagi hayat dikandung badan, selagi ada kudrat selagi boleh bergerak maka bergeraklah dengan seadanya.  Bezanya dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa stabil tumpuan kepada tugas juga tidak berapa nak jadi.  

pohon kelapa
Pohon kelapa nan menghijau.  Gambar hiasan

Hari ini naik turun tangga saja kerjanya.  Bermula dengan pagi tadi hadir mesyuarat, tengahari balik ofis rehat sekejap.  Petang pergi pula ke lokasi awal tadi atas urusan kerja yang lain pula.  Jadi banyak juga pergerakan luar pejabat hari ini walaupun badan tidak berapa sihat.  Tidak berani nak tangguhkan kerana bimbang ada urusan yang tersadai.

Idea nak menulis entri ini keluar ketika dalam perjalanan pulang dari pejabat sana ke pejabat sini. Walaupun tidak jauh, tetapi lokasi yang berbeza.  Hanya kerana telah biasa semuanya terasa dekat.

Selagi hayat dikandung badan 
setia berkhidmat kepada ibu pertiwi 
biarpun diri terasa kerdil
kerana janji telah terpatri


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.