FOLLOWER

10 November 2014

Kerja berganda hadiah pun berganda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerja berganda hadiah pun berganda

Alhamdulillah. Walaupun hari ini urusan kerja agak kelam-kabut memandangkan arahan akhir diterima sehari sebelum cuti hujung minggu. Kekurangan persediaan dan kurang cekap kendali arahan juga menyebabkan tugasan hari ini menjadi berganda. Penting juga adanya persediaan sewajarnya dan juga kerjasama dari semua pihak.

Syukur Alhamdulillah urusan hari ini selesai dengan baik, berkat dari kesabaran.




Selesai tugasan pertama, sesuatu yang tidak dijangka tiba di muka pintu bilik. Kejutan dari sahabat yang selama ini bertugas bersama mereka tidak pernah mengharapkan balasan. Yang penting mereka puas hati dengan khidmat yang kita berikan. Mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan saya sayang mereka, tetapi begitulah lumrah kita dalam bersahabat sentiasa penuh dengan kasih sayang. Mereka senang kita juga senang.

Saya juga pasti mereka tidak meminta entri ini dikeluarkan. Tetapi percayalah entri ini untuk rekod dan kenangan di masa hadapan.

Esok jangan terkejut masuk bilik ofis, penuh dengan bauan kasih sayang. Atau waktu senggang yang seciput dipenuhi dengan zikir dan wirid. Subhanallah. Maha suci Allah.

Semoga ukhuwah terus terjalin erat.

Terima kasih sahabat. Semoga dipermudah urusan kalian dunia dan akhirat.

posted from Bloggeroid

3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.