Pageviews

29 Julai 2022

Hari Jumaat Penghujung Zulhijjah 1443 penuh dramatik

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari Jumaat Penghujung Zulhijjah 1443 penuh dramatik


Salam Jumaat Barakah. "Allahhumma solli 'alaa Muhammad, waalaa aali Muhammad"

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.


Alhamdulillah permulaan hari yang agak baik dan kekalutan masih juga seperti biasa dengan anak-anak yang bersiap awal pagi dan ada juga yang bersiap di saat akhir sebelum bertolak ke sekolah.  Walaupun sepanjang minggu hari persekolahan, waktu masuk sekolah tidak pernah berubah melainkan waktu balik sahaja yang ada harinya tidak sama.  Masih juga ada yang leka.  Orang kata "Anak-anak sementera nak besar".

Cerita anak-anak sekolah tidak akan habis selagi mereka tidak tamat zaman sekolahan.  Sama-sama selusuri kehidupan zaman sekolah mereka dengan sepenuhnya.


Nasi dagang 

Awal pagi seperti biasanya bila tak sempat masak dan sediakan bekal untuk anak-anak atau makan sendiri, BZ akan cari kedai makan yang ada nasi dagang.  Sekarang ni dah ada banyak kedai jual nasi dagang dan sudah pasti banyak pilihan nasi dagang yang sedap.




Hari ini, masa untuk sarapan pagi di kedai agak panjang tak perlu tergesa-gesa kejar masa masuk ofis.  Sebab hari ni adalah hari Taklimat dan pengambilan Slip PBD di sekolah rendah.  Tak sempat nak ambil gambar muka depan "buku program" sebab dah kena conteng.  Dapat gambar tentatif pun jadilah.

Permulaan taklimat sangat baik dan menepati masa seperti dalam jadual.  Peruntukan masa slot taklimat dalam jadual nampak cantik dah, tetapi betullah kita merancang... ada masanya terbabas juga sebab banyak perkara yang perlu ditaklimatkan sedangkan masa agak terhad.  Apapun usaha murni cikgu-cikgu sekolah amatlah dihargai.

Semasa penyerahan laporan agak kritikal, ibu bapa berbaris di luar kelas menunggu giliran berjumpa dengan Cikgu kelas bagi mendapatkan maklumat berhubung penilaian anak-anak.  Sebagai ibu bapa seharusnya tidak mengambil masa yang lama dalam perbincangan berkenaan.  Perlu juga ambil kira ibu bapa lain yang menunggu di luar.  Kami semua ada masa dan urusan yang harus dilakukan.  Jadi, silalah bertimbang rasa.  Mungkin boleh ambil masa lain untuk perbincangan lanjut berkenaan kemajuan anak-anak, ketika tiada orang ramai yang berdiri menunggu di luar.



Selesai perjumpaan dengan cikgu kelas, nak masuk pejabat pula.  Singgah beli makanan tengahari.  Semua tindakan kena cepat memandangkan masa yang agak suntuk untuk urusan berikutnya.  Ayah beli nasi bajet di gerai tepi kedai.  Katanya ada lauk ayam dan udang.  BZ pilih lauk udang senang nak makan.  Dalam keadaan kelam kabut (yang tak sepatutnya begitu 😅)  sebelum turun kereta umi ambil bungkusan nasi dan air, terus masuk ofis.  Sampai ofis, on komputer dan buka bekas nasi.... hmmm takder udang.  Rupanya udang ada dalam bungkusan lain.  Haruskah diet begini... nasi dan ulam saja.  Menung sekejap.  



Perut dah lapar.  Selongkar laci, terjumpa coklat Beryls.. Alhamdulillah jadilah makan tengahari ni coklat dan teh o ais.  Nasi tadi kita simpan balik rumah buat nasi goreng.




Macam-macam drama separuh hari di hari Jumaat penghujung tahun 1443.

Semoga tahun 1443 memberi banyak kebaikan dan meneruskan kebaikan ke tahun hadapan.

Terima kasih seadanya.








28 Julai 2022

3 PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM KELUAR DAN MASUK RUMAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



3 PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM KELUAR DAN MASUK RUMAH


Agak lewat sikit posting hari ini.  Banyak perkara yang perlu dibuat... ada urusan penting yang perlu didahulukan.  Pra posting tak sempat buat malam tadi.  Jadinya posting untuk hari ini  agak lewat sikit.

Berikut adalah perkongsian mengenai apa yang perlu kita lakukan sebelum keluar rumah dan sebelum masuk rumah.  Ya, kita semua dah tahu dan ada yang dah hafal dan praktikkan setiap kali keluar dan masuk rumah.  Dikongsikan semula untuk peringatan bersama.




3 Perkara sebelum keluar rumah


-  pastikan memakai pakaian yang menutup aurat.
-  melangkah keluar dari pintu rumah didahului kaki kanan.
-  membaca doa sebelum keluar rumah,


Doa ketika keluar rumah



Doa sebelum masuk rumah


Semoga posting ini dapat memberikan sedikit manfaat buat BZ dan pembaca semua.

Teima kasih.

27 Julai 2022

WORDLESS WEDNESDAY | INAI REPUBLIC HADIAH GIVEAWAY BZ SATU 2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



WORDLESS WEDNESDAY | INAI REPUBLIC HADIAH GIVEAWAY BZ SATU 2022


1x set Inai Republic (Pilihan Leopard Edition atau Chocolate Edition)

Chocolate Edition


Leopard Edition


1x Inai Republic (Mommy - Pilihan warna: Red, Maroon, Pink, Brown, Black)

Inai Mommy


2x Inai Republic (Baby - Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)

Inai Baby




Terima Kasih