Pengikut Setia

25 September 2016

13 hadiah terbaik

13 hadiah terbaik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

13 hadiah terbaik, Hadiah tidak harus sesuatu berupa wang atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang.



Daripada senarai berikut, mungkin salah satu darinya kita mampu berikan.

1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah Doa.

2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah Pemberian maaf.

3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah Penghormatan.

4. Hadiah terbaik untuk murid adalah Tauladan.

5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah Kasih Sayang.

6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah Al-Fatihah.

7. Hadiah terbaik untuk orangtua adalah Berbakti.

8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah Penghargaan.

9. Hadiah terbaik untuk suami adalah Kesetiaan.

10. Hadiah terbaik untuk anak adalah Pendidikan.

11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah Kejujuran.

12. Hadiah terbaik untuk orang yang tidak dikenali adalah Senyuman.

13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah Saw adalah Sholawat.

Nabi saw bersabda: "Saling memberi hadiahlah, niscaya kalian akan saling mencintai."

🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿

Selalulah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, karena pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk dunia dan akhirat.

ﻻَ ﻫَﻮْﻝَ ﻭَﻻَ ﻗُﻮَّﺕَ ﺍِﻻَّﺑِﺎﻟﻠّﻪِ

Selamat berehat di hujung minggu bersama keluarga tersayang😊

Sumber : Grup Whatsapp.

Nota YB:
Mungkin tiada sumber hadis yang sahih mengenai 13 perkara di atas, tetapi ianya penuh kebaikan dan rasanya tidaklah salah untuk kita amalkan.

Terima kasih baca entri ini, 13 hadiah terbaik.

posted from Bloggeroid

24 September 2016

Saling menghargai

Saling Menghargai


Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Terkadang apa yang ringan bagi kita, ternyata berat bagi orang lain.

Sebaliknya, terkadang apa yang bagi kita berat, ringan pula bagi orang lain.

Maka, salinglah menghargai.

Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan. Jangan merasa paling menderita, jangan merasa paling hebat. Yang membezakan kita, hanya keimanan dan ketakwaan.

InsyaAllah.



‎💕Terima kasih baca entri ini, Saling Menghargai.

posted from Bloggeroid

23 September 2016

Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita

Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita.  Entah dah berapa kali akak YB join segmen bloglist. Ada yang lekat dan ada juga yang tersasar.  Maklumlah rezeki masing-masing kan berbeza.  Memang tidak sama.  Kenapa nak sangat masuk bloglist rakan blogger?  Kerana ianya seperti satu penghargaan dan rasa kegembiraan yang tidak terucap.  Seolah-olah blog kita ada nilai.  Walaupun nilainya mungkin tidak boleh disamakan dengan wang ringgit.  Okey ke akak tulis macam nie? Jangan ada yang sentap pulak.

Seperti biasa juga, kita selaku blogger join segmen atau contest atau giveaway bukan sekadar mengharapkan kemenangan tetapi sebagai tanda sokongan.  Paling tidak dapat share trafik.  Kalau menang itu satu bonus.

>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>








 hehehee... letih skroll yer

Baiklah tanpa melengahkan masa korang... jom kita tengok apa yang telah Nieyl sediakan untuk Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita.

Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita
Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita

Klik banner di atas dan terus ke Blog Seindahcerita, boleh tengok syarat penyertaan.

Jom kita meriahkan segmen ini dan teruskan sokongan kepada rakan blogger.

Terima kasih baca entri ini, Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita

Carian