Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!, Rajin pula akak update entri giveaway yer? Kali ini rasa macam kelakar pula bila nak up entri berkenaan kecantikan... bukan kerana tidak suka kecantikan tetapi tidak biasa buat entri kecantikan. Ada lah buat sekali dua, lepas tu senyap jer. Sebab rasa janggal sangat. Tetapi tidak tahulah pula kot-kot lepas entri Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!, tiba-tiba pula YB selalu update entri berkenaan kecantikan. Hehehe... Korang jangan rasa pelik pula tau.
Jadinya, dah join giveaway ini kenalah pula ceritakan produk kecantikan yang biasa guna. Sejak dari zaman sekolah YB sudah biasa dengan bedak sejuk kemudian bedak batu warna pink (bukan bedak cap amoi yer). Tetapi bila dah masuk alam pekerjaan dan dunia orang dewasa sudah berubah pula cara jaga kecantikan... kadang-kadang terikut-ikut dengan kawang-kawan ada juga pengaruh dengan iklan... tetapi itu semua tidak kekal lama kerana tidak sesuai.
Ketika ini, YB lebih selesa dengan pencuci muka Safi Balqis dan bedak kompak Maybelline. Kerana produk ini antara yang paling sesuai dengan kulit YB ketika ini. Ada hati juga nak guna produk kecantikan yang lengkap dan berjenama seperti MAC atau Mary Kay.
Eh... korang nak join juga klik banner di atas. Boleh tengok syarat yang disediakan. Syaratnya tidak susah dan tidak banyak.... ikut saja.
Hadiahnya ... jangan korang terkejut pula. Sally sediakan
1x Beauty Box yang ada macam-macam dalam tuu...skincare, mekap dan macam-macam lagi. YB suka sangat... korang pun mesti suka juga.
Terima kasih baca entri ini,
Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!