Pengikut Setia

20 Julai 2016

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean merupakan entri giveaway kedua yang disertai oleh YB setelah hampir 20 hari tidak bersiaran.  Kiranya entri giveaway kedua juga untuk bulan Julai. Bulan Julai di blog YangBaik pada awalnya bermula dengan indah... tetapi biasalah ada masanya kekangan demi kekangan datang bertimpa-timpa.  Eh eh... tetiba lari topik pula.

Ini adalah entri untuk penyertaan GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean.  Akak jer yang pandai-pandai pinda tajuk tu.... nak bagi nampak kelainan sikit.  Lagipun tak pula diberi syarat mengenai tajuk.  So pandai-pandai kitalah yer.  Akak dah lama rupanya jadi pengikut Syf.Dean, tapi tak ingat bila.  Mungkin semasa Syf. Dean jadi penganjur bersama mana-mana giveaway yang lepas. Kenapa Syf. Dean?  Kerana itulah nama yang tertera pada header blog bidadarisado.  Sado ke?

Suka kan usik-mengusik nie.  Jangan ambil hati yer.  Jom kita sambung semula dengan giveaway ini.

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean
GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean berlangsung mulai 1 hingga 31/7/2016.  Ada banyak masa lagi untuk korang turut serta.

Nak dapatkan lebih maklumat mengenai giveaway, terus saja klik banner di atas.

Jom kita meramaikan penyertaan giveaway pertama ini.


Terima kasih sudi baca dan beri sokongan kepada entri ini GIVEWAY PERTAMA edisi Raya by Syf.Dean

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





MINYAK WANGI BRAVEHEART




Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.




MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 43 tahun 
  2. Jantina anda? Perempuan
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya suka kepada wangian, terutama wangian yang baru seperti SWEETHEART dan BRAVEHEART.  Selain dari itu saya juga sedang membina kekuatan untuk menulis semula.  Menulis mengenai wangian pastinya satu pengalaman sesuatu yang indah dan menarik.


Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Terima kasih kerana membaca entri ini Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com


Mood yang ceria

Mood yang ceria


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mood yang ceria


Carian