Pengikut Setia

21 Jun 2016

Antara manfaat pandangan dan perkataan

Antara manfaat pandangan dan perkataan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara manfaat pandangan dan perkataan adalah untuk berbakti kepada pemiliknya.  Pemilik yang mempunyai mata dan juga lidah.  Mata untuk memandang dan lidah pula untuk berkata-kata.  Tetapi, pemilik hakiki kepada mata dan lidah itu adalah Allah.  Pancaindera itu hanya dipinjamkan sahaja kepada kita selagi hayat dikandung badan.


Hidup ini bagai lampu dinding.  Gambar hiasan



Tinggalkanlah pandangan-pandangan mata yang tidak bermanfaat, niscaya Allah akan memberikan kekhusyu'an ke dalam hatimu! Dan tinggalkanlah perkataan-perkataan yang tidak bermanfaat, niscaya Allah akan memberikan mutiara hikmah kepada Anda.  (Ibnul Mubarak)


Terima kasih sudi baca entri Antara manfaat pandangan dan perkataan.  Semoga ada manfaat buat kita semua.

20 Jun 2016

Bila air jatuh di atas batu

Bila air jatuh di atas batu



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bila air jatuh di atas batu, lama kelamaan batu itu akan berlubang juga walaupun batu yang keras. Itulah falsafah yang diterima sejak dari kecil dahulu.  Bila kita tidak mahu laksanakan sesuatu kerja walaupun telah diarahkan berkali-kali.  Sudahnya kita ini diumpamakan lebih keras dari batu. Begitulahlah degilnya kita.  Degilnya kita kerana kita ada hati yang lebih keras dari batu tidak mampu menilai setiap teguran dengan baik.  Walaupun  pada hakikatnya keadaan hati itu lebih lembut dari batu bahkan lebih lembut lagi, tetapi bila mana ianya dimiliki oleh manusia yang tidak mahu menerima hakikat maka ia boleh jadi lebih keras dari batu.

Sukar juga hendak mencari keterangan atau cerita yang boleh dikaitkan dengan intipati hikmah kali ini.  Mungkin juga kerana sudah ketandusan idea atau juga kerana kekurangan masa yang mencukupi untuk menyelidik dan mengarang.


Lima biji batu ini telah disusun semula dan saiznya semakin mengecil kerana proses hakisan oleh cuaca.  Gambar hiasan.


Sesungguhnya seorang ahli ilmu, apabila ia menyampaikan suatu nasehat tanpa dibarengi niat ikhlas dan mengharap pahala dari Allah, maka nasehatnya akan hilang dari hati orang yang mendengarkannya tanpa meninggalkan bekas seperti air yang jatuh di atas batu.  (al-Khatib al-Baghdadi)

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini Bila air jatuh di atas batu.

19 Jun 2016

Baju Kurung Pahang Mas Ayu Songket

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baju Kurung Pahang Mas Ayu Songket sesuai untuk dipakai pada hari lebaran. Molek juga sebagai pakaian ke pejabat kerana kainnya yang selesa dan tidak terlalu sarat.








Baju Kurung Pahang Mas Ayu Songket

√ Design bertema pelikat yang di hiasi dengan jalur emas 'printed'

√ Fabrik dari jenis 100% Cotton yang terkenal selesa , lembut dan mudah dijaga

🌟 Kurung Pahang , lipat batik
🌟 Material 100% Cotton .
🌟 Lembut & selesa . di jamin Puas Hati !!!
🌟 Mudah dibasuh & mudah digosok
🌟 Ringkas & praktikal untuk kemana-mana

Tempahlah segera sebelum kehabisan stok.
Whatsapp ke 019-4481927
Fb: http://www.facebook.com/ybkraf
Instagram: http://instagram.com/ybkraf

Terima kasih kerana memilih Baju Kurung Pahang Mas Ayu Songket sebagai busana anda :-*

posted from Bloggeroid

Carian