Pengikut Setia

20 Mei 2015

Jangan menilai ikut mata kasar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan menilai seseorang dengan mata kasar. Tazkirah yg indah ini YB peroleh dari grup wasap. Pastinya sudah ramai yang pernah baca petikan sebahagian atau sepenuhnya. Namun tidak salah rasanya petikan ini dikeluarkan semula sebagai peringatan kepada diri ini yang selalu alpa.

1. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab.
2. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.
3. Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.
4. Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.
Subhanallah.
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.


posted from Bloggeroid

19 Mei 2015

Mukmin tidak pernah bermaksiat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mukmin tidak pernah bermaksiat.  Nak buat tajuk macam ni pun takut sangat.  Bimbang juga bila dituduh dikatakan terlalu ekstrim dalam pemilihan tajuk.  Tetapi itu lah resam kita kan.  Belum buat dah fikir yang bukan-bukan.  Takut tidak bertempat.  Itu pemikiran sebahagian daripada kita.

Diluar sana masih ramai lagi yang berani bermaksiat terang-terangan tetapi kita takut untuk menegur. Nauzubillah.  Sungguh lemah iman kita kerana kita terpaksa menegur dalam hati semoga maksiat itu segera dihentikan.  Kita tidak cukup kuat untuk menegur terang-terangan seperti mana mereka yang berani melakukannya secara terbuka.


Petikan Surah Yusof.  Gambar hiasan

YB ingin kongsikan petikan kata hikmah ini untuk renungan kita bersama.

Mukmin sejati bukanlah mukmin yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah. Akan tetapi, mukmin sejati adalah mukmin yang apabila bermaksiat kepada Allah maka ia bersegera untuk kembali dan bertaubat kepada-Nya.  (Sebagian Ahli Hikmah)

Semoga bermanfaat buat kita semua.   Wallahu a'lam.

18 Mei 2015

Sabar Sahabat Sejati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sabar sahabat sejati. Sabar adakalanya sukar ditemui. Bersahabat dengan sabar acapkali memberi ujian. Ujian kepada nilai hidup manusia sejagat. Mencabar wibawa menguji minda menguatkan Iman.

Sabar sahabat sejati. Tatkala musibah datang melanda sabar itu tempatnya di dasar hati. Adakala tenggelam bersama amarah namun segera timbul bersama teguhnya keimanan. Ketaqwaan jua tali pengikatnya.



Sabar sahabat sejati. Sesekali jemu menguasai diri bilamana sabar semakin menghilang. Hanya kerana ikhlasnya sabar menunggu di kejauhan mengejarnya tidak kemana hilangnya ia memusnah harapan.

Sabar sahabat sejati. Pastinya tidakkan merugi bersahabat dengan sabar. Kerana sabar itu sebahagian daripada Iman. Iman itu ada di dalam dada setiap manusia selagi dia berstatus Muslim. Terpelihara Iman bersabar sabar. Sabar menempuh ujian, cabaran dan dugaan.

Sabat sahabat sejati. Di mana nak dicari sabar andai Iman semakin tercalar. Usah dibiarkan sabar melarat berduka lara. Sesudah kepayahan akan tiba kebahagiaan.

Sabar sahabat sejati. Biar perit derita di jiwa, kentalkan semangat panjatkan doa. Kesyukuran penuh nikmat atas limpah kurnia dari yang Maha Esa.

Sabar sahabat sejati.

Nukilan : yangbaik, 18/5/2015, 10.30 mlm,

posted from Bloggeroid

Carian