Pengikut Setia

12 Mei 2015

Bagaimana berhadapan saat sukar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana berhadapan saat sukar


Sesuatu yang sukar kita lakukan, apatah lagi bila kita termasuk dalam kategori cepat melatah atau cepat patah semangat.  Bukan nak kata orang lain tetapi peringatan juga buat diri sendiri supaya tidak cepat melatah.

Berikut adalah catatan yang sempat diambil dari sumber yang tak sempat dikreditkan.  Kerana tidak ingat sebenarnya diambil dari mana memandangkan catatan dalam entri ini telah lama disimpan dalam kotak draf.  Kebetulan hari ini baru sempat nak edit semula.

"Heart"


Senarai yang perlu dilakukan.  Dapat lakukan sebahagian saja sudah cukup ketika berhadapan saat sukar.


  1. Bertenang
  2. Bersabar
  3. Ambil Peluang untuk Muhasabah Diri.  Kenalpasti kesilapan, kelemahan, kekurangan, kelebihan diri sendiri
  4. Berdiam diri
  5. Menangis - senjata paling kuat wanita?
  6. Berdoa - mohon kekuatan


Pada saat sukar kita memerlukan ketenangan.

Semoga bermanfaat.


SEGMEN : blogwalking sebelum Ramadhan bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN : blogwalking sebelum Ramadhan bersama ayuinsyirah


Semangat nak join segmen tetaplah tidak pudar walaupun keadaan blog masih lagi berselerak.  Susunan widget di blog ini masih lagi tidak ketahuan.  Macam mana nak susun, nak letak di mana, macam mana.  Dok bermain di minda.  Namun selagi berupaya, sokongan kepada rakan blogger tetap diteruskan.  

Kali ini semangat gigih berblogging diteruskan dengan menyertai Segmen blogwalking sebelum Ramadhan anjuran Cikgu Ayu.


http://www.ayuinsyirah.my/2015/05/segmen-blogwalking-sebelum-ramadhan.html


Segmen ini berlangsung mulai 8 Mei 2015 dan akan tamat pada 8 Jun 2015.  Masih banyak masa.

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger Cikgu Ayu.  Klik banner di atas.

Terima kasih.

Lebih rendah daripada sayap lalat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lebih rendah daripada sayap lalat



Seluruh manusia, yang baik maupun yang jahat, berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih rendah (nilainya di sisi Allah) daripada sayap lalat, yaitu Dunia

(Abu Mu'awiyah al-Aswad)


Carian