Pengikut Setia

22 Januari 2015

Gelora sepi berantakan di jiwa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sepi sendiri menyimpan dan menanggung gelora. Gambar hiasan ini rasanya dapat grup wasap tetapi tidak pasti grup mana.

Gelora sepi berantakan di jiwa ╭(╯^╰)╮

Di saat ini saya sebenarnya keliru dengan status dia
Keliru mengenangkan nasib dan keadaannya
Belum sempat berkenalan lebih erat
Belum sempat mengenali erti hati budinya
Belum sempat bermesra dengannya
Juga belum sempat memberi peluang kepadanya untuk lebih mesra dengan saya
Juga memberi peluang kepada diri ini untuk lebih memahami jiwanya
Sehingga hari terakhir itu, saya masih tidak mampu memahami gelora di jiwanya

Banyak cerita yang didengar dari rakan lain
Terasa terlalu ringkas atau padat sukar digambarkan keadaannya yang sebenar
Statusnya kini sungguh menyesakkan nafas menghilang selera menggugat suasana
Tidak tahu tidak pasti situasinya yang sebenar
Dia tinggalkan kami disaat kemesraan mula berputik
Akukah yang terlewat mengenali takdirnya atau itukah suratan buat dirinya

Mengenalinya dalam masa yang singkat tidak cukup untuk belajar erti kesepian di dalam diri
Zahirnya nampak gembira namun tersembunyi sesuatu yang belum sempat difahami

Dia pada zahirnya terlalu naif
Kenaifan padanya menambah pengertian dalam hidup saya, mengajar
Erti kejujuran
Erti kesabaran
Erti ketaatan
Erti kesetiaan
Erti keberanian
Juga beribu pengertian lagi

Mengenangkan keadaannya ketika ini
Hati ini menjadi sebak
Sedih
Pilu
Juga keliru
Mengapa
Apakah aku yang bersalah kerana lewat mengenalinya
Apakah aku yang tertewas dengan sikapku sendiri

Apapun situasi dia ketika ini
Aku mengharapkan dia bahagia, tenang menjalani kehidupan barunya
Semoga yang terbaik sentiasa mengiringi jejak langkah hidupnya.

Sehingga itu
Jauh di sudut hati ini mengharapkan dia akan muncul semula dalam keadaan baik dan bahagia


Nukilan ini khusus buat insan yang pergi tanpa pesan...bukan kekasih tetapi sahabat yang belum sempat didendang

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Awak apa khabar?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Gambar hiasan


Awak apa khabar?
Bukan salah tips bila idea tidak menjadi.
Juga bukan salah promosi
Idea dah ada tetapi berebut dengan masa.
Tiba-tiba perasaan ini berapi di dalam.

Blurrrrr (╯﹏╰)

posted from Bloggeroid

Mutiara kata #11/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terbaik hari ini


Buatlah sesuatu yang terbaik hari ini.  Takut-takut hari ini hari yang terakhir untuk kita.


Entri menakutkan untuk hari ini.
Apa pun yang kita lakukan setiap hari adalah yang terbaik dalam hidup kita.
Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan juga.
Jauhi sifat mazmumah.
Dekati sifat mahmudah.
Pilihan di tangan kita untuk buat sesuatu
Kita juga ada akal untuk memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan kita.
Kalaupun kesannya tidak kena pada kita, fikirkan orang yang kita sayang, fikirkan juga orang yang menyayangi kita.
Kita bukan hidup seorang di atas muka bumi.
Tersalah buat pilihan bukan penutup kepada segala usaha.
Pilihan yang telah kita pilih itu pastinya terbaik buat kita.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Semoga yang terbaik buat kita hari ini, esok dan selamanya.



"Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.  Selain dari menyertai entri kita boleh juga merujuk senarai blog hebat yang menjadi pilihan ramai blogger hebat."

Klik sini untuk melihat Top 10 Malaysia Best Blog 2015

Carian